Khamis, 31 Oktober 2013

JERANGKAP SAMAR DI SEMERBOK.



Alamak ini didepan rumah omak den
Aduiiii bau aei semobak (bukan semerbok ha....).

Fenomena sebegini dah jadi biasa dah di Kampong Mobok, malam 2 raya Aidilfitri yang lalu den terpaksa bangun pukul 4 pagi untuk menghalau kambing biri-biri yang berkumpul kat dopan pintu pagar rumah emak den. Dek terlampau bising ngan bau sewangian isi porut geng "K18" ni.......



Ni bolah malam 4 pagi...



Geng "K 18".




Jadi jika ke mobok pandangan sebegini dah biaso dah..........



Macam ni jalan nak ke Masjid perlu hati-hati.....



Kalau ke Mobok tuan/puan kena slow bila bertemu 
dengan geng "L 16".



Biasa la ni....ha..ha..ha.. Mobok.....Kg Den.



Simpang ke kulu ngan sekolah.



ni kat Kuala Mobok.....




Artikal ini diterbitkan bukan untuk sesiapa tapi memaparkan keadaan sebonar dijalanraya kampong mobok pada hari-hari biasa disekitar kampong kami. Pada yang empunya binatang ternakan, kalau boleh binatang peliharaan dikandangkan supaya tidak menganggu/mencemar persekitaran atau tanaman warga mobok. Terima kasih pada penyumbang bersama foto-foto fenomena jerangkap samar di Semerbok.

Sabtu, 19 Oktober 2013

MAJLIS IBADAH QURBAN 1434H/2013M DIMASJID SEMERBOK.




Sekitar jam 2.30petang, orang ramai mula berkunjung.

Majlis Qurban yang diadakan di Masjid Mobok pada tahun ini akan dilaksanakan kira-kira jam 3.00petang Selasa 15/10/2013 Raya Haji pertama. Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan, dan ketika ini cuaca agak mendong dan hujan mula turun renyai serta agak lebat pada sekitar jam 3.20petang. Marilah kita lihat gambar gambar sekitar majlis qurban diMasjid Semerbok pada tahun ini.


Nampaknya anak-anak muda berminat 
dengan Majlis Ibadah Qurban.


Anak-anak kecil juga turut berminat hadir.


Inilah antara Ajk Masjid Mobok sedang menunggu perlaksanaan majlis Qurban pada tahun ini.Foto ini dirakam pada jam 2.15petang setelah selesai semua persiapan yang dijalankan oleh semua Ajk Masjid.



Abang Dunan (DBKL) 
turut hadir nampaknya - bercokak pinggang





Lembu pertama yang nak ditumbangkan.



Lembu Qurban 3.
(Bukan main garangnye)



Dua ekor lagi Lembu Qurban.





Tempat melapah dan membahagikan 
daging Qurban yang disediakan Ajk.


Melapah daging Qurban.




Saudara Acad, Shaudin dan Dwan
(apo dibincangkan eh...).

Semangat gotong royong diantara penduduk kampong masih utuh dan segar dikalangan anak-anak kariah. Saban tahun kerjasama sebegini perlu wujud bagi melaksanakan ibadah qurban untuk menyambung tradisi kito sebagai anak Semerbok.

Khamis, 17 Oktober 2013

MAJLIS IBADAH QURBAN DI SURAU KUALA MOBOK.





Surau Kuala Mobok juga menjalankan majlis Qurban pada tahun ini, ianya berlansung kira-kira jam 10.30pagi pada Selasa 15/10/2013. Sebanyak 3 ekor lembu yang diqurbankan disini. Hebahan maklumat juga melalui jemaah surau yang majlis qurban pada tahun 2013 dilaksanakan disini serta jemaah dijemput menyertainya.



Surau Kuala Mobok.


Jemaah surau menyertai majlis bergotong royong - majlis Qurban.



Pembahagian bahagian Qurban oleh Ajk.


 Salah seekor lembu yang telah disebelih.


 Golongan muda juga turut serta menyertai majlis qurban.


Saudara Dwan Wahab juga turut hadir
menyumbang tenaga - kiri sekali.




Sungguh pun kecil Surau Kuala Mobok ini tapi semangat dan kerjasama jemaahnya begitu besar dan bersemangat menjalankan ibadah Qurban. Kami amat menyanjung tinggi kerjasama dan semangat begini yang masih utuh dikalangan penduduk Kuala Mobok.


Foto dan maklumat adalah sumbangan saudara Rosli Yassin.

MOBOK - AIDILADHA 2013



Imam sedang berkhutbah.

Sembahyang hari raya haji pada tahun ini adalah sebagaimana biasa iaitu pada jam 9.00pagi, jemaah yang hadir untuk sembahyang sunat Aidiladha 1434/2013 tidak kurang ramainya sebagaimana sembahyang sunat Aidilfitri yang lalu, hingga ruang sembahyang tambahan turut disediakan oleh Ajk Masjid Mobok. Alhamdulillah, warga mobok kini yang diperantauan juga turut kembali beraya dikampong.



 Sebahagian jemaah yang hadir dapat dirakam oleh penulis.

Disebelah malam raya setelah bertakbir dan selepas waktu Isyak,jemaah yang hadir dijemput menghadirkan diri kemajlis doa selamat di rumah encik Dwan Wahab dan diwaktu tengahari hari raya semua jemaah dijemput pula kemajlis doa selamat di rumah Tuan Haji Sudin. Majlis qurban pula dilaksanakan pada 3.00petang yang diadakan diperkarangan masjid mobok, sebanyak 3 ekor lembu diqurbankan pada tahun ini dan 3 ekor lagi di Surau Kuala Mobok.


Suasana dalam masjid selepas solat sunat AidilAdha.



Kebiasannya majlis tahlil dan doa selamat diadakan selepas sembahyang sunat Aidiladha atau pun Aidilfitri pada setiap tahun. Kelihatan imam sedang menjalankan majlis tersebut bersama jemaah yang hadir dengan dikelilingi bulatan jemaah masjid.



 Deretan kenderaan didepan masjid Mobok.


 Kederaan yang hadir dirakam waktu 8.30pagi.



 Persekitaran juga penuh dengan kenderaan.



 Deretan kenderaan menghala kehilir.



Deretan kenderaan didepan rumah den.



Kelihat Shaudin dan Rosli Yassin serta jemaah lain 
keluar dari perkarangan masjid Mobok.



Inilah sebahagian dari Ajk Masjid Semerbok yang menyediakan dan menyiapkan tempat sembahyang diruang masjid serta kerja-kerja pembersihan persekitaran masjid.

Rabu, 9 Oktober 2013

MAJLIS CERAMAH BULANAN DI SURAU KUALA MOBOK.




Surau Kuala Mobok.


Lokasi Surau ditepi simpang ini.



 Bahagian depan Surau.



 Ahli kariah Surau bergotoyong Royong memasak.



Suasana kemeriahan bekerjasama yang masih terjalin.



Sebahagian yang hadir ceramah.

Berikut adalah aktiviti dan program yang dijalankan di Surau Kuala Merbok :-

Untuk pengetahuan tuan-puan majlis tahmir sebulan sekali dah berjalan lebih dari satu tahun,.penceramah nya ia lah Ustaz Haji Ahmad Said dari Tampin. Program kedua ia lah majlis mengaji khusus bagi orang dewasa dan anak-anak, satu bulan tiga kali dan dah berjalan lebih 6 bulan dengan gurunya ia lah ustaz Haji Ishak Zakaria dari Kota.Beliau salah seorang tenaga pengajar dari majlis agama islam daerah rembau.Semua aktiviti surau ada lah ditanggung sendiri olih surau Kuala Merbok.

Untuk program tahmir tarikh nya ialah setiap awal bulan hari isnin, sembahyang maghrib dulu selepas tu majlis tahmir dan di iktuti sembahyang isyak serta majlis jamuan makan.Program mengaji pula dibuat pada tiap-tiap hari isnin, masanya sama dengan program tahmir di atas.

Sumber dari saudara Rosli Yassin
Anak Kariah Kuala Mobok. 


Sebagai warga Mobok, marilah kita beramai-ramai mengimarahkan surau ini dengan hadir ke majlis ilmu yang diadakan disini."Terdapat di akhirat nanti di mana manusia menyesal kerana semasa di dunia dulu ia tak menghadiri majlis Ilmu" - Maksud Hadis.

 ” Sesungguhnya, majlis ilmu berfungsi mendidik manusia mengenal keesaan Allah, khususnya melalui penjelasan berkenaan ilmu tauhid. Dengan tauhid, manusia akan mengenali siapakah dirinya dan tidak akan sesekali melakukan tindakan menyalahi syariat ".

Ahad, 6 Oktober 2013

IBU, ANAK TERPISAH 50 TAHUN.(WARGA EMAS MOBOK)



Jendon Aseh (Yunaida Kaseh).

KOTA – “Mak cik dah tua sementara hidup ini jika boleh mak cik mahu berjumpa dengan anak hasil perkahwinan kedua mak cik dengan suami bernama Husin Label yang namanya semasa kecil ialah Rosnah Husin,” luah warga emas, Jendon Aseh atau lebih dikenali sebagai Yunaida Kaseh, 77, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batang Merbok, Semerbok, di sini.

Difahamkan, Rosnah  yang terpisah dengannya sejak 50 tahun lalu merupakan anak kedua yang dilahirkan kembar, namun seorang lagi kembarnya sudah meninggal dunia sejak dari kecil lagi.

Bagaimanapun Yunaida berkata, Rosnah diserahkan kepada keluarga adik iparnya yang hanya dikenali sebagai Ara Md Ali dan suami adik iparnya yang dikenali sebagai Razak.

Menurutnya, sepanjang hidupnya, dia sudah bernikah sebanyak enam kali yang mana hanya perkongsian hidup dengan suami pertama, kedua dan keenam sahaja dia mempunyai anak dan kini sudah hampir 40 tahun dia hidup menjanda.

“Anak dengan suami pertama kini sudah berusia 60an dan menetap di Pulau Pinang.  Sebelum ini, selama dua tahun mak cik tinggal dengannya susulan mak cik sakit gout.

“Manakala, anak dengan suami keenam pula tinggal di Melaka dan kini berusia 44 tahun.  Bagaimanapun, mak cik teringin bertemu Rosnah dan berharap dapat menumpang kasihnya,” katanya.




Jalan masuk ke Kampong Batang Mobok.

Yunaida berkata, seawal usia 15 tahun dia sudah dikahwinkan oleh bapanya.

“Namun, perkahwinan saya itu tidak bertahan lama dan saya berkahwin buat kali kedua dengan Husin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kilang di Singapura serta dikurniakan kira-kira 10 anak.

“Namun, entah di mana silapnya, kesemua anak yang dijaga saya meninggal dunia semasa di usia kecil. Namun, tiga anak yang saya serahkan kepada orang lain hidup dan kali terakhir saya mendapat khabar ialah Rosnah menetap di Batu 23, Chin Chin Jasin, Melaka, " katanya.

Menurutnya, sejak penghujung Mei lalu, dia  pulang ke kampung dan tinggal seorang diri di rumah kecil yang disambung bina dengan kediaman yang disewakannya menggunakan duit simpanan.

“Itu sahaja pendapatan mak cik sekarang ini iaitu RM100 sebulan melalui sewa rumah, selebihnya kini mak cik menunggu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), "katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Shah Joned berkata, pada 2006, Yunaida menerima bantuan JKM bagaimanapun dihentikan susulan Yunaida berpindah keluar dari sini.

"Yunaida kemudiannya kembali ke kampung dan kita memohon sekali lagi pihak JKM menyalurkan bantuan kepadanya iaitu pada 2009.

“Bagaimanapun, bantuan itu juga dihentikan setelah Yunaida ke Pulau Pinang.  Kini, dia kembali semula ke kampung dan sudah lebih sebulan lalu kita memohon buat kali ketiga supaya JKM menghulurkan bantuan kepada Yunaida, " katanya.


Sumber : Sinar Harian 24Ogos 2013.