Rabu, 18 Mei 2016

KULIAH PERDANA BERSAMA USTAZ NORAZMAN AHMAT DI SURAU KUALA MERBOK.


Marilah kita bersama di Kuliah Perdana Ustaz Norazman Ahmat yang dijemput khas oleh pihak Surau Kuala Merbok. Menghadirkan diri di majlis ceramah agama umpama berada ditaman-taman syurga.



Sabtu, 14 Mei 2016

DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO DISEREMBAN.


14/05/2016
Sabtu 12.30 Tengahari - di Dewan Orang Ramai Sikamat Majlis Perbandaran Seremban.

Terima kasih kepada Kumpulan Rebana Semerbok Nan Tuo dari Rembau Daerah Beradat kerana dapat membudayakan kembali kesenian yang hampir lenyap dihanyuti oleh arus kemodenan.


 

14/05/2016
Saturday 12.30 lunch
Thanks to the team of tambourine semerbok nan tuo of rembau beradat area to civilize the art back almost gone by the current dihanyuti modernity.






















Rabu, 4 Mei 2016

NOTIS HEBAHAN UMUM -CERAMAH ISRAK & MIKRAJ OLEH USTAZ ZAMRI MOHD ISA.





DAH DEN BAJAK SAWAH DILADANG........


Di Kampung Semerbok kerja-kerja meneuteralkan tanah dengan menabur kapur serta kini kerja-kerja membajak dah bermula yang menandakan sawah padi akan mula ditanam padi semula.  Dan kata saudara Aziz Ujang :-


 Dah den bajak sawah di ladang
sawah di koto den bajak juo
lah den ubek sampai ka sanang
namun luko bajajak juo














Foto-foto dari pemandangan dari Sungai Serai hingga ke lubuk nan dalam, keindahan rakaman suasana mula nak menanam padi dirakamkan oleh saudara Aziz Ujang.

Isnin, 2 Mei 2016

GERAI ROTI CANAI DAN TEH TARIK JALAN BATU 1 TAMPIN.


Pada Sabtu 30/4/2016 penulis sempat bersarapan di Gerai batu 1 ini, dan hanya 2 gerai yang beroperasi dari 6 gerai yang tersedia disitu. Gerai no.3 menyediakan roti canai dan nasi lemak ayam serta minuman panas dan sejuk. Manakala gerai no.2 Lontong, nasi lemak biasa serta beberapa juadah kueh mueh dan minuman panas serta sejuk. Kebiasaannya gerai yang terletak dijalan besar Tampin Seremban ini iaitu jika menghala ke Tampin, sebelum Pasaraya Besar Giant,(Taman Yon) sebelah kiri jalan amat lah ramai yang bersarapan disini terutama Sabtu dan Ahad dan terpaksalah menunggu seketika bagi giliran roti canai dihidangkan ke meja kita.









Teh tarik & Nescafe Tarik beserta roti canai.


KULIAH MAGHRIB DI MASJID SEMERBOK - SIFAT 20 (USTAZ ZAHARUDDIN).

Pengajian tasauf iaitu sifat-sifat 20 telah berlangsungnya pada 1/05/2016 Ahad selepas Maghrib yang telah bawa oleh Ustaz Zaharuddin dari Tampin. Pengajian Tasauf ini yang diadakan dua minggu sekali iaitu pada Ahad malam isnin selepas Maghrib.


Ustaz Zaharuddin.





Marilah kita sama-sama menghadirkan diri bersama-sama dengan Ustaz Zaharuddin untuk pengajian kelas tasauf ini bagi mengenali sifat-sifat Allah.

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ KARIAH KAMPONG SEMERBOK 1437/2016.




Masjid Semerbok.