Isnin, 24 Julai 2017

DIKIR REBANA - BERDIKIR RAMPAI & BERDIKIR DUDUK.



Pada tanggal 14/07/2017 hari Jumaat malam Sabtu, kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo menjalan kan latihan untuk pesembahan majlis perkahwinan yang akan berlansung saban minggu disepanjang bulan Julai ini. 









Selasa, 11 Julai 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SURAU KUALA MERBOK.



Dijemput semua ahli kariah Surau Kuala Merbok dan sekitarnya kemajlis sambutan jamuan hari raya yang diadakan pada ketetapan sebagaimana diatas. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Isnin, 10 Julai 2017

KULIAH MAGHRIB (PENGAJIAN TAUHID) BERSAMA USTAZ ZAMRI.



Dijemput semua ahli kariah Kampung Semerbok untuk mengikuti kuliah Ustaz Zamri yang akan diadakan pada hari Sabtu 15 Julai 2017 bersamaan dengan 21Syawal 1438hijriah.

Selasa, 4 Julai 2017

BERHARI RAYA KE RUMAH TUAN GURU USTAZ HAJI AHMAD DI INAS.


Sebagaimana ditahun-tahun yang lepas rombongan anak-anak murid Tuan Guru Ustaz Ahmad dari Surau Kuala Merbok akan berkunjung ke rumah beliau untuk beraya dan tahun ini mereka berkunjung pada hari Selasa 4/07/2017. Pada raya tahun ini mereka berkunjung kerumah Ustaz Haji Ahmad di Inas dan ditahun lepas di Tampin.

  
Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad - berpakaian jubah putih.









Isnin, 3 Julai 2017

KENALI TUAN HAJI RAMLI BIN HAJI AHMAD - ANAK JATI KG SEMERBOK..


Anak Merbok di perantauan dan kini menetap di Kampong Medan Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, iaitu Tuan Haji Ramli Bin Haji Ahmad. Di Semerbok beliau dipanggil Acik Ramli dan rumah emak beliau berhampiran Masjid Merbok. Beliau telah tersenarai sebagai penerima pingat Jasa Malaysia dibawah PBTM cawangan Petaling di tahun 2013 kalau tak silap penulis.




CENDERAMATA KENANGAN DARI DAIK-LINGGA



Encik Aziz Ujang .

Cenderamata kenang kenangan yang kami terima ketika berkunjung ke Kabupaten Daik - Lingga Ibunda Tanah Melayu tiga tahun yang lalu.
Terima kasih saudara mara kami di Daik - Lingga. Budi baik saudara sentiasa kami kenang.Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Idolfitri. Maaf zahir dan batin
Bintang barat terbit petang
bintang timur terbit pagi
jika diri tak melarat panjang
ada umur jumpa lagi



Cenderamata - (Daik - Lingga)





Ahad, 2 Julai 2017

TEMPAHAN DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO - JULAI 2017.



Tempahan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo Julai - Disember 2017
( Jadual terkini )


O1/07 Panchang
arak siang

08/07 Taboh 
Naning
arak siang

14/07 Lubok China
dikir duduk 
malam

23/07 Ponajih
arak siang

26/08. Nerasau 
Durian Tgl
arak siang

09/09. Seremban
Selatan
arak mlm
dikir duduk

25/11 Kg Jawa 
Gadong
arak siang

02/12 Kg Dato 
Dagang, Paroi
arak siang

23/12. Panchor Jaya
arak siang

Tarikh yang tidak ada di dalam jadual masih kosong.

Sila berhubung dengan encik Aziz ujang di talian 012-3597906 bagi sebarang maklumat dan tempahan majlis.