Selasa, 30 Mei 2017

MARHABAN YA RAMADHAN




IKHLAS DARI PENGERUSI DAN SEMUA AHLI JAWATANKUASA SURAU KUALA MERBOK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KARIAH SEMERBOK.

Isnin, 29 Mei 2017

KUMPULAN BERMOTOR BESAR DARI YBK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KE ASNAF SEMERBOK.



Geng motor dari Yayasan Basmi Kemiskinan ( Selangor ) menziarahi golongan asnaf dan menyampaikan sumbangan sempena Ramadan di Kg. Semerbok pada Ahad 28/5/17 jam 5 petang.


Encik Ridhuan (Duan) sebagai wakil telah menyampaikan cek sumbangan beserta barangan dapur kepada penerima.


Penyampaian cek yang kedua telah disampaikan oleh wakil pihak YBK  kepada asnaf berkenaan.







Alhamdulillah, semoga Allah memberkati segala usaha dan sumbangan yang diberi kepada warga Semerbok oleh Kumpulan bermotor besar ini. Terima kasih banyak kepada mereka yang bermurah hati memilih warga Merbok untuk memberi sumbangan sempena Ramadhan yang mulia ini. 

Khamis, 25 Mei 2017

PEMBAHAGIAN ZAKAT, BARANG-BARANGAN KEPERLUAN DAN DUIT UNTUK ASNAF-ASNAF KG SEMERBOK.


Pada 25hb.Mei 2017 pihak Surau Kuala Merbok bersama penyumbang-penyumbang telah mengadakan majlis pembahagian zakat, barang-barang keperluan seharian serta wang bagi semua asnaf menghadapi dan menjalani ibadah puasa yang hampir tiba. semua asnaf di Kampong Semerbok telah dipannggil untuk menerima bantuan berkenaan.

Golongan yang tersenarai untuk dibantu ketika ambang ramadhan menjelma adalah golongan Asnaf. Apakah kumpulan atau golongan asnaf itu :- 

8 Golongan Asnaf yang layak menerima zakat

Firman Allah swt dalam surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud :-


“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
  1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
  2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
  3. Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
  4. Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
  5. Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
  6. Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
  7. Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
  8. Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
Rakaman foto yang sempat blog paparkan ketika majlis berlangsung :- 


Pengerusi majlis sedang menyampaikan aturcara yang berlansung.


Pengerusi Surau memberi ucapan sepatah dua kata bagi menyerikan majlis.






Asnaf yang hadir.














Selamat menjalani ibadah puasa dari kami blog Semerbok Nan Tuo, Semua Ajk Surau Kuala Merbok, Kumpulan Marhaban Khairunnisa serta dari Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.

MENYANTUNI WARGA EMAS DENGAN MENGHULURKAN BANTUAN KEWANGAN DARI SURAU SEMERBOK.

Pada setiap tahun Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok, sebelumnya bermula Ramadhan, Agihan bantuan kepada warga tua/uzur yang memerlukan persiapan bagi menjalani ibadah puasa dilaksanakan bersama semua Ajk. Pada tahun ini tarikh yang dipilih bagi melaksanakan bantuan bagi warga tua yang uzur serta memerlukan sumbangan dari Surau adalah pada 24/05/2017 bersamaan hari Rabu.

"Satu usaha yang murni, jazakallah penderma dan seluruh Ajk yang terlibat, moga Allah saja yang membalas bakti yang ditabur dibawah kepimpinan YDP Tuan Rosli Yassin". - dari Tuan Musannef.


Warga emas Mak Cik Molik di Sungai Serai.


Sumbangan disampaikan oleh Saudara Mohd Arshad (Acad) kepada warga emas - Mak cik Maimunah Kadir di Kuala Merbok.


Warga emas Mak Cik Rahmah Yassin - Kuala Merbok.


Warga emas - Puan Mariam Che Ros - Semerbok.


Warga emas - Mak Cik Zarah, Sungai Serai.


Warga emas - Mak Cik Sedah Yassin, Kuala Merbok.

Selasa, 23 Mei 2017

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SEMERBOK.


MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR SEK. REN. KEB. SEMERBOK (PUAN SITI HAIDAH BTE IDRIS) KERANA BESARA WAJIB PADA KHAMIS 18HB MEI 2017.



Puan Guru Besar Siti Haidah Bt Idris.


Bagai pengantin disanjung diarak menandakan penghormatan perpisahan kepada yang disanjung serta disayangi. Apakan daya setiap pertemuan mestilah ada perpisahannya, semoga cikgu beroleh kesejahteraan didunia dan akhirat. Selamat bersara...


Turut diundang bagi meraikan perpisahan dan persaraan Puan Guru Besar, Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo telah turut menjayakan majlis dengan penuh semangat serta mendendangkan dikir rebana kepada semua hadirin.












Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.

KULIAH MAGHRIB DENGAN USTAZ IJAM MEDICINE DI SURAU KUALA MERBOK.


KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ IJAM MEDICINE
ISNIN 22/5/17 SURAU KUALA MERBOK, KOTA, N.S