Jumaat, 21 Mac 2014

MALAM MAJLIS ILMU PERDANA.


Sepertimana yang dirancang oleh Ajk Surau Kuala Merbok, maka Majlis Ilmu Perdana ini telah pun berlangsung dengan jayanya. Warga kariah Mobok hadir dengan bersemangat untuk mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Penceramah bebas Al-Fadhil Ustaz Khalil bin Hj Ismail. Selepas majlis ilmu berlangsung, semua yang hadir dijemput kemajlis makan malam yang turut disediakan oleh pihak surau.Marilah kita lihat kemeriahan majlis berkenaan dengan kiriman foto-foto dari Encik Aziz Ujang ini.


Al-Fadhil Ustaz Khalil Hj Ismail.


Ceramah sedang berlangsung.


Remaja juga turut hadir.


Antara warga mobok yang hadir mengimarahkan surau ini.


Kelihatan saudara Dwan di sebelah atas kanan sekali.


Encik Mat Zin dari Sg Serai (berserban -membelakangi kamera)






Selesai majlis ceramah para hadirin 
bersalaman dengan Al-Fadhil Ustaz.


Kelihatan warga Mobok bersalaman dengan Al-Fadhil Ustaz.


Encik Rosli dan Al-Fadhil Ustaz menjamu selera.


Al-Fadhil Ustaz dan Ajk Surau.


Tuan Haji Doya.


Beratur dikhemah luar.


Menunggu giliran dengan sabar.


Encik Nasharuddin (Shaudin) berbaju melayu hijau.


En.Mohd Arshad (Acad) berbaju melayu hitam.






Sambutan majlis Ilmu pada malam ini amat menggalakan dari kalangan kariah Semerbok, dan mengimarahkan surau adalah tanggungjawab kita bersama. Bukan diletakan semata-mata di kalangan Ajk, oleh itu marilah kita hadir ke majlis yang diadakan dan dirancang oleh Ajk surau ini supaya keberkatannya kita sama-sama rasai diseluruh kampong Semerbok Ku Nan Tuo.

MAJLIS ILMU PERDANA DI SURAU KUALA MERBOK.


Pada 21hb.March 2014 bersamaan hari Jumaat telah berlansungnya Majlis Ilmu Perdana di Surau Kuala Merbok dengan ketetapan masa yang telah diprogramkan oleh Ahli Jawatankuasa Surau berkenaan, iaitu disebelah pagi gotong royong melapah lembu dan selepas Zohor memasak serta disebelah malam majlis ilmu berlangsung dengan Penceramah bebas Al-Fadhil Ustaz Khalil bin Hj Ismail.


Ajk Surau Kuala Merbok menyediakan kad jemputan bagi menjemput semua warga kariahnya untuk hadir kemajlis ilmu yang diadakan.


Rosli Yasin.

" Timo kasih pado penyumbang seko lombu pada majlis malam ini, kami Ajk Surau mengucapkan timo kasih, moga ALLAH membalas budi baiknya..amin "....ucapan dari Pengerusi Surau Kuala Merbok Encik Rosli Yasin.



Kaum hawa juga tidak ketinggalan berkerjasama menjalankan kerja-kerja penyediaaan juadah hidangan untuk makan malam bagi dihidangkan selepas majlis ilmu berlangsung.


Ramai warga Mobok hadir bergotong royong memasak.


Ramai-ramai bekerjasama menyumbang tenaga untuk 
mengimarahkan majlis ilmu di Surau Kuala Merbok.





Gotong royong yang dijalankan disebelah pagi.


Cif masakan.


Gulai lembu masak lomak cili padi.


Inilah Warga Mobok yang telah menyumbang se ekor lembu 
bagi majlis Ilmu Perdana d Surau Kuala Merbok.

Sikap penduduk kampong yang sememangnya kita kenali gomar bergotong royong adalah menjadi nadi kehidupan didesa yang aman lagi damai ini, sesungguhnya adat bergotong royong ini semakin terhakis didalam masyarakat zaman ini dan sama-samalah kita perlihara adat nenek moyang kito agar ianya tidak ditolan zaman.

Khamis, 20 Mac 2014

MESYUARAT AGONG TAHUNAN UNIT PERTUBUHAN PELADANG SEMERBOK.


Pada 20 March hari Khamis jam 2.45 petang bertempat di Dewan atau Balai Raya Semerbok telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan Unit Peladang di Semerbok. Berikut adalah foto-foto yang terakam disekitar mesyuarat Agung tersebut yang dihadiri oleh warga Mobok.


Balai Raya Semerbok.


Mesyuarat bermula kiro-kiro 3.15petang.


Biaso lah pakai papan putih jo tulisan aei.






Khusyuk mentelaah minit mesyuarat.



Along,Udin den pun ado.








Mak Andak pun datang ha....






Omak den timo elaun ha.


 Warga Mobok ikut giliran timo elaun.








Selosai Mesyuarat minum la kito....


Macam biasa, penyumbang foto-foto adalah dari Encik Aziz Ujang - Semerbok.

Isnin, 10 Mac 2014

KARNIVAL MOH DOREH - PERSATUAN ALUMNI SEMENDA.





                                     PERSATUAN ALUMNI SEMENDA ( OFFICIAL GROUP)

Assalammualaikum Semua.


Karnival "Moh Doreh" akan diadakan pada 7hb Jun 2014(Sabtu) di Muzium Replika Istana Raja Melewar. Karnival ini bertujuan untuk Alumni Semenda dan masyarakat sekitar bertemu dan sama sama  menjayakan program dibawah.Untuk sewaan tapak jualan, terbuka kepada semua alumni semenda. sila hubungi Pengerusi Program Puan Siti Zaleha 0122686009.



Kampong Astana Raja.

"Moh doreh" kita bersama memeriahkan karnival yang diadakan diperkarangan replika istana Raja Melewar ini.Pelbagai acara diadakan sempena karnival ini,sesiapa saja dari sedara mara dan orang kampong den yang ingin berniago, silo lah berhubung dengan urusetia program sepertimana diatas.

Replika Istana Raja Melewar - 
Kampong Astana Raja Rembau.


Foto Replika Istana Raja Melewar adalah sumbangan dari Encik Aziz Ujang.