Selasa, 14 Januari 2020

PROGRAM JEJAK PERSUKUAN ADAT PERPATIH - KG SERI LEMAK (SAMBUNGAN 2)



Setelah semua rombongan menziarahi makam ''Tok Puteh" pihak kami Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo bersedia pula diperkarangan khemah tetamu di depan Masjid untuk membuat persembahan terakhir dengan tarian piring sekali lagi. Pencak Silat juga memberi persembahan.


Masjid Kampung Seri Lemak.


Khemah tetamu dan anak waris disediakan diperkarangan masjid.









Setelah selesai persembahan, pihak kami di beri jamuan makan di dewan khas dan manakala majlis terus berlansung didalam khemah. Seterusnya rombongan akan dibawa ke Seri Menanti.






Terima kasih kepada pihak penganjur majlis ini kerana menjemput kami dengan memberi kepercayaan yang tinggi terhadap kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo. Tahniah kepada pihak penganjur majlis atas kejayaan "Program Jejak Persukuan Adat Perpatih" khususnya bagi penduduk Kampung Seri Lemak dan seluruh Negeri Sembilan Am nya.

Ahad, 12 Januari 2020

PROGRAM JEJAK PERSUKUAN ADAT PERPATIH - KG SERI LEMAK (SAMBUNGAN 1)



Rombongan diiring sehingga ke Dewan Seri Lemak dan dipersembahankan dengan Tarian piring yang dipersembahan oleh anggota Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.





Tarian Piring 1.


Tarian Piring 2.



Selesai persembahan semua anggota rombongan serta para tetamu diberi rehat sambil menikmati jamuan minum pagi yang disediakan di dalam dewan (rombongan) serta diluar dewan. Selepas itu rombongan dibawa ke makam "Tok Puteh". Sekembalinya rombongan dari makam, semuanya dijemput ke perkarangan Masjid Kampung Seri Lemak.

PROGRAM JEJAK PERSUKUAN ADAT PERPATIH - KAMPUNG SERI LEMAK, REMBAU N9.



Selamat Datang Warga Nagari Sarilamak Kabupaten 50 Kota Sumatera Barat Indonesia.



Semua warga Kampung Selemak dan Para Ketua Adat siap sedia sejak awal pagi untuk menyambut kedatangan tetamu dari Nagari Salamak, Kabupaten 50 Kota Sumatera.


Turut mendapat kepercayaan untuk menyambut dan mengiring kedatangan tetamu dari Nagari Salamak adalah Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo, siap sedia sejak 8.00pagi. 



Tepat masa yang ditunggu-tunggu maka jam 8.45pagi rombongan dari Sumatera Indonesia pun sampai dan disambut dengan adat istiadat Perpatih,Kampung Seri Lemak Rembau.




Video sambutan rombongan dari Indonesia.
(mohon maaf video diambil dari hand phone)





Kumpulan Dikir Rebana pun mempersembahkan irama Dikirnya.