Rabu, 25 Mac 2015

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UNIT PELADANG (PPK) SEMERBOK.


Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang ( PPK ) Semerbok.
Tarikh : 24/03/2015 ( Selasa )
Masa : 2.45 petang
Tempat: Balai Raya Semerbok
Seramai 66 ahli menghadiri mesyuarat ini.
Jurufoto & sumber berita : Encik Aziz Ujang.














Yang akhir sekali terimo elaun la........

Ahad, 1 Mac 2015

PEMBINAAN SEMULA SURAU KUALA MERBOK - FASA KE 2

Kerja-kerja pembinaan surau ini telah memasuki fasa kedua yang memperlihatkan kemajuan pembinaan mencapai sekitar 60 peratus. Pemeriksaan dan pemantauan berkala kerap dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Surau yang terdiri dari Encik Rosli dan Ajk yang lain.




Cadangan asal untuk mengekalkan lapik tiang surau lama adalah tidak relevan, memandangkan kadar bebanan konkrit slab tidak mampu ditanggung oleh lapik tiang yang telah berusia. Pihak kontraktor menasihatkan tidak menggunakan lapik tiang (lama) yang berusia kira-kira70 tahun itu.Mungkin ianya boleh diletakan sahaja sebagai hiasan diantara tiang-tiang yang dibina baru. Ini bagi mengingati sejarah lama surau berkenaan, tapi jika tidak diletak pun kita tidak akan lupa pada jasa-jasa kepada pembinaan asal surau ini. Tiada yang lama mana datangnya yang baru. Setakat 27/2/2015 pembinaan semula surau ini berjalan lancar sepertimana terpapar diblog ini.





Kontraktor dan Ahli Jawatankuasa Surau sedang 
berbincang mengenai kemajuan pembinaan.


Tuan Pengerusi Surau - kiri.


PEMBINAAN SEMULA SURAU KUALA SEMERBOK.


Pembinaan semula surau Kuala Merbok sedang rancak dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak surau sambil pihak Ahli Jawatankuasa Surau memantau kemajuan pembinaan serta seliaan bahan-bahan binaan yang digunakan, supaya ianya mengikut spek yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.












Semua penduduk Kuala Merbok amat berbesar hati atas pembinaan semula surau ini dan berharap ianya dapat disiapkan sebelumnya menjelang bulan ramadhan yang kian mendatang. Seperti biasa pihak surau senantiasa menerima sebarang sumbangan dari pihak tuan/puan bagi mengimarahkan surau ini nanti apabila ianya berfungsi sepenuhnya yang dijangka siap sebelum ramadhan 1436H.