Jumaat, 1 Ogos 2014

NENEK JAYA (TOK JAYA).WALI ALLAH DI SEMERBOK.



Nenek Jaya (Yahya bin Abdul Rahman)
Foto adalah Ehsan dari Encik Rosli Yassin.


Allah ta’ala telah menjelaskan batasan, siapakah wali Allah yang sesungguhnya. Dalam al Qur’an surah Yunus ayat 62-63, Allah telah menjelaskan definisi wali Allah,

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ . الَّذِينَ آَمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

“Sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati – jaminan masuk surga – (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.”


Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman:
  
"Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (Riwayat Imam Bukhari) 



 Balai Raya Baru Semerbok.





Makam Nenek (Tok ) Jaya.







Dari cerita atau kisah yang diberitahu kepada penulis yang Wali Allah ini digelar sebagai "Wali Gila", pada hemat penulis ianya dinamakan sebegitu kerana taksubnya beliau berzikir serta kekaramahannya bila berkata sesuatu dan berupaya meramal perkara yang berlaku dimasa depan. Masa pendudukan Jepun di Malaya banyak cerita yang di ceritakan oleh penduduk sekitar Rembau, dimana tentera Jepun cukup hormat kepada beliau. Bila tentera Jepun terserempak dengan beliau mereka dengan segera memberi tabik hormat kepadanya, dari peristiwa yang lain pula Nenek Jaya menyeberang jalan antara Gadong dan Rembau, lori tentera jepun dari arah Tampin telah melanggar beliau dan Nenek Jaya telah terhumban keseberang jalan. Yang anehnya beliau tidak pun mengalami sebarang kecederaan, beliau telah bersembahyang sunat ditepi jalan berkenaan, dan sesampainya trak tentera jepun berhampiran pekan Kota, trak berkenaan telah meletup dan semua tentera jepun berkenaan telah mati.

Peristiwa dengan Tuan Guru Sheikh Ahmad.




Syeikh Hj Ahmad Muhd Said Linggi - 1910-1964.

Pada ketika Tuan Guru Syeikh Hj Ahmad tertinggal kitab dirumahnya untuk majlis ilmu di Masjid Mobok, lalu beliau meminta Nenek jaya mengambilnya. Jarak antara rumah Tuan Guru dengan masjid agak jauh dan hanya beberapa kitika sahaja Nenek Jaya telah kembali dengan kitab berkenaan ditangannya. Peristiwa ini dirakamkan oleh penduduk kampong Semerbok untuk kita ketahui bersama. Pada ketika itu jalan dari Semerbok ke Kendong belum wujud lagi dan beliau telah menyatakan suatu ketika nanti ada satu jalan menuju atau melalui lorong berkenaan dan ternyata ianya berlaku pada hari ini. beliau hanya mengambil akar kayu menyukat dan menghalakan kearah jalan yang akan dibina nanti dan menerangkan pada budak-budak yang akan adanya jalan raya akan dibina disitu pada akan datang. banyak lagi peristiwa yang berlaku dan ramalan kejadian akan datang yang diterangkan oleh Nenek Jaya kepada generasi muda waktu itu yang kini sesetengahnya telah tiada. Antara penyataan beliau yang masih belum terlaksana ialah bangunan tinggi akan dibina di Gadong. Pada hemat penulis diGadong telah dibina jambatan Jalan Raya yang tinggi untuk menyeberangi laluan keretapi,adakah ianya dimaksudkan bangunan tinggi berkenaan ? Nenek Jaya suka akan kanak-kanak dan sering dilihat beliau berbual dengan kanak-kanak, salah seorang berusia kanak-kanak diwaktu itu ialah Saudara Aziz Ujang.




Terdapat juga makam lama disini yang menggunakan batu megalith.
Siapakah empunya makam?






Jika tuan-tuan mempunyai data dan cerita mengenai Nenek Jaya, silalah nyatakan melalui ruang komen pembaca untuk kita kongsi bersama diruang atau blog ini. Terima kasih.


Kato Tuan Ghazali Yasin,(up-date pada 8/2/2015)




Ghazali Yasin.

"Pekedai sekitar Kota, Chengkau dan Rembau sentiasa berharap Odang Jayo akan masuk ke kedai masing2 di pagi hari dan ambil saja apa2 barang yang dikehendakinya. Hari itu kedai berkenaan akan laris jualannya. Dia adalah diantara manusia yang istimewa. `Kenapa kita tidak bercita2 untuk menjadi seperti Dia!?`.

Itu anugerah Allah,Hanya insan yang terpilih sahaja yang boleh mendapat keramah seperti Odang Jayo tu".

Tok Jaya ini hidup sezaman dengan Almarhum Tuan Sheikh Haji Ahmad Said, Mufti Pertama Kerajaan Negeri Sembilan yang begitu terkenal dengan gerakan Tarekat Ahmadiyah.

Tok Jaya dikatakan seorang yang mempunyai kuasa keramah dan banyak keajaiban yang luar biasa. Banyak cerita dan kisah yang menakjubkan berlaku semasa hayat Almarhum. Ada yang mengatakan yang Almarhum itu sebenarnya seorang Wali Allah.

GY yakin ramai kawan-kawan yang terdiri daripada anak Rembau dapat menceritakan tentang keistimewaan Tok Jaya ini.

Sama-samalah kita pediahkan AL-FATIHAH kepada roh Almarhum Tok Jaya semoga roh Almarhum diletakkan di Jannah yang paling tinggi di sisi Allah SWT.


21 ulasan:

  1. Sapa dia warikh tok jaya yg masih ada skg di semerbok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Kuala Merbok masih ado, foto Tok Jaya tu disimpan oleh cucu aei.

      Padam
    2. Sy keturunan ke-5 Nek Jaya...atok sy keturunan ke-3..mak sy cerita, dulu..atok sy mmg selalu keluar dgn Nek Jaya...Uwan sy pun ade kaitan dgn Nek Jaya...tp sy x berape faham sikit dgn salasilah family...sb klu ikut apa yg dicerita oleh uwan dan mak sy...sebenarnye family kami ni pusing2 je dprd keterunan Nek Jaya..sy ingat lagi masa sy kecil..kami satu keluarga besar akan pergi beraya dkt semerbok..dan gambar tu lah yg sy tengok dkt dinding rumah nenek sedara sy..iaitu adik atok sy..sampai sekrg gambar tu ade lg...sy kenal Nek Jaya bila sepupu sy tunjuk gambar yg tergantung dkt dinding nenek sedara sy...dia kata tulah Nek Jaya...kita keterunan ke-5..sy ni buta sejarah N9..mungkin sb sy tak tinggal dkt N9..start drpd atok sy..kami dh berpindah tinggal dkt Astana Raja..tp still lg berhubung rapat dgn keluarga dkt semerbok..sy tahu cerita ttg Nek Jaya pun drpd family yg tinggal dkt Astana Raja..kami ade ramai family dkt sana sama ade yg ade pertalian rapat atau jauh..

      Padam
    3. Nek jaya ada menulis kitab kah?

      Padam
    4. Setahu saya tak ada....dia ahli zikir....

      Padam
    5. Saye pernah dengar cite nek jaya ni dari arwah ayah saya. Tapi arwah ayah saya panggil Tok Jaya. Bila jumpa dikg bintong sekejap dah jumpa di cengkau. Tok Jaya ni biasanya paksi stokin sampai lutut. Dan selalu berhenti mncangkuk tepi jalan sama tinggi ngan lalang. Bila tanya Tok Jaya suruh dengar lalang tu tengah berzikir. Arwah ayah saya kata ramai tuan guru kata tok jaya adalh Wali Allah.

      Padam
    6. Terima kasih tuan, berkongsi cerita dengan blog Semerbok nan tuo

      Padam
  2. Assalam tuan,
    Terima kasih kerana sudi melayari blog saya, jika ada cerita mengenai Nek Jaya ini kirimkankan kat blog ini dan akan saya paparkan untuk kita kongsi bersama cerita berkenaan. Setakat ini cerita detail mengenainya tidak saya perolehi dari penduduk setempat.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Bagaimana saya nak berhubungan dengan saudara Ghazali Yassin?
    masa kecil saya pernah 2x makan sejambar dengan Tok Jaya,dan arwah atuk saya di Kampong Penajih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak ada nombor hp nya tapi dlm fb taip Ghazali Yassin.Ia mengelolakan berita-berita kaitan dengan Undang Johol kalau tak silap saya.

      Padam
  6. Wan saya pernah cerita tentang Dang jaya ni...bila Dang jaya dtg ke rumah monyang saya,wan saya selalu bgtau dia yang minyak dh habis...nnti dia suruh isi air dlm tong..kampung sya di legung ulu.

    BalasPadam
  7. Sebenarnya banyak lagi keistimewaan yang diliki oleh Nek Jaya ni tapi hanya sebahagian besarnya diketahui oleh orang yg sezaman dengannya atau keluarganya.

    BalasPadam
  8. Sy generasi ke 4,5 tok Jaya ....dulu
    Arwah ayh ada menyimpan sebuah kitab lama hasil dr punulisan moyang kami itu...dukacita ny kitab tersebut susah di pinjam kn kepada sepupu arwah ayah untk mempelajari ilmu2 seni mempertahan kn diri yg terkandung didalam kitab tersebut....kami cuma berharap ilmu yg ada didlm kitab tersebut di guna kn ke arah kebaikan...sepertimna yg di laku kan oleh arwah atok dn arwah ayah

    BalasPadam
  9. Semoga tuan dalam lindungan dan rahmatNya jua ..amin

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum.. Sey keturunan ko limo nek jaya...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah tuan, mohon jika tuan ada apa-apa cerita keistimewaan beliau tolong kongsikannya bersama kami dengan e-mail seperti mana di kanan blog ini

    BalasPadam