Ahad, 23 Februari 2014

USAHA MENGAIRI SAWAH DI SEMERBOK DI MUSIM KERING.




Keadaan tanah sawah yang kering.


Keadaan kritikal ketiadaan air untuk padi terus hidup subur.


Boleh dikatakan semua bahagian  dari hulu hingga kehilir 
Sawah mengalami kekering air. 




Kawasan tadahan atau empangan ini juga kekeringan bekalan air.


Tok Ketua juga turut turun padang.


Air dipam kedalam sawah.


Bekalan air juga kurang dan untuk memenuhi kesemua kawasan sawah mungkin mustahil, namun usaha harus diteruskan bagi mengairi sawah yang kekeringan ini. Mungkin pihak pesawah terpaksa membelanjakan sedikit kewangannya bagi mengairi sawah lantaran menyelamatkan anak padi yang baru berusia sebulan lebih ini.Mampukah pengairan sebegini bertahan lama ? namun usaha perlu diteruskan sementara kita berdoa agar hujan segera turun bagi mengairi sawah kito di Semerbok.

*Foto adalah sumbangan Abang Aziz Ujang - Chalet di Lering Bukit.

CUACA PANAS DAN KERING DI SEMERBOK.

Mobok dalam keadaan cuaca yang panas lagi kering, paling teruk menerima kesan adalah tanaman padi yang baru berusia sebulan lebih. Jika cuaca berterusan begini tanpa ada usaha memasukan air (pengairan) kedalam sawah maka padi-padi berkenaan akan terbantut dan tuaian hasil padi nanti akan menerima kesan yang teruk dan mengalami kerugian. Daun getah memang musim gugurnya dah sampai dan kenalah musim kering dan panas ni tapi jika diamat-amati pula musim berbunga pada pokok-pokok buahan seperti mangga,bachang,kuinin dan durian sedang rancak berbunga. Jadi maknanya musim panas dan kering ni ada munafaatnya kepada tumbuhan-tumbuhan yang lain tapi pada pokok padi kena cari jalan penyelesaiannya.Begitulah keadaanya sekarang di Kampong Semerbok Ku Nan Tuo.



Dah dalam sawah pun air tak do.....



Daun gotah pun berguguran.



Dalam sawah tanah megrokah .



Jalan menuju ke Masjid.


Ni dopan umah omak den.


Rumput topi jalan dekat Dewan lamo.


Padang Bola  Kat Astana Raja pun rumput menghoring. 


Yang ni foto duo minggu lopas - masih ado air laei.


Walau pun paneh menghoring masih ado laei hijau aei.

Nampaknya Kampong kito mengalami cuaca yang kering lagi panas dan kemungkinan catuan air akan diadakan jika keadaan memaksa. Sama-samalah kita berdoa agar hujan diturunkan untuk mengatasi musim kering dan panas ini.

Ahad, 9 Februari 2014

TUAN HAJI SHARIF DALAM KENANGAN - KG SUNGAI SERAI.


 Tuan Haji Shariff. - Berketayap putih.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un....Al-Fatihah

Pada pagi Ahad 9/02/2014 bersamaan 9Rabiulawal 1435, Tuan Haji Shariff  telah menyahut panggilan Ilahi bertempat di Hospital Tampin Jalan Repah. Jenazahnya telah dikebumikan sebelum Zohor pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Sungai Serai. Ucapan Takziah kepada Puan Hajjah Peah dan anak-anak beliau atas pemergian suami dan ayah tercinta.Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Encik Mat Zin (anak).

Tuan Haji Yahya bin Redza (Menantu).


Dari Nya kita datang dan kembalilah juga kepada Nya bila masa dan ketika nan dijemput...Al-Fatihah. Kami seluruh warga Semerbok merakamkan ucapan takziah keatas pemergian Tuan Haji Sharif kerahmatullah kepada isteri dan anak-anaknya.

Isnin, 3 Februari 2014

MAJLIS DOA SELAMAT DI RUMAH MAK LANG JENAB - SEMERBOK.



Mak Lang Jenab (duduk).

Pada 1hb.Februari 2014 (selepas Maghrib) telah berlansungnya majlis doa selamat di rumah Mak Lang Zainab di Kampong Semerbok, ini sempena bertambah baiknya kesihatan Mak Lang. Syukur Alhamdulillah....



Semua jemaah Masjid Mobok serta orang kampong 
dijemput hadir ke majlis doa selamat ini.

Khemah juga turut di pasang 
didepan rumah Mak Lang.

Semua ruang didalam dipenuhi tetamu yang datang.


 Kaum wanita dikhaskan disudut dan ruang belakang.


Semoga kesihatan Mak Lang Zainab terus baik dan sihat serta dilindungi Allah jua dengan limpahan rezeki yang melimpah. Amin.....

* Foto majlis adalah sumbangan dari Mui Ruselan.

Ahad, 2 Februari 2014

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK EN.ZAWAWI BIN BAKAR DI SEMERBOK.



Pada hari Sabtu 1hb Februari 2014 bersamaan dengan 1 Rabiulakhir 1435Hijrah telah berlangsungnya majlis perkahwinan anak Pakcik Awi (Zawawi) di Kampong Semerbok. Penulis minta maaf kerana tidak mengingati nama pengantin, jika ada sebarang maklumat dari sedara mara Pak Cik Awi sila kirimkan ke pada penulis blog.  

Senyum kegembiraan si pengantin dek kerana Raja Sehari dan senyum para ibu bapa kerana kegembiraan anak telah bertemu jodoh, nan amanat agama telah tertunai lah sudah......semoga kekal keanak cucu, tahniah dari kami warga Semerbok kepada encik Zawawi dan isteri kerana menerima menantu serta tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.




Mempelai sampai kira-kira 12.30 tengah hari dengan 
dipayungi serta diapit oleh pengapitnya.


Kedua pasangan pengantin yang diraikan pada hari ini.
(maaf la namo pengantin, den lupo lak yo)

Majlis Persandingan di dalam rumah.

Pak Cik Awi (Zawawi) dan isteri sedang menunggu tetamu.


 Menu utamo daging dan rebong....sodap aie....


Antara tetamu dari Bukit Beruntung dan Kuala Lumpur.


Encik Hamzah dan encik Kamarulzaman diantara tetamu yang hadir.


Sudut berkaraoke tetap ado...lagu apo kak milah...
(bukan namo sebonar )


Abang Aziz Ujang - " Pos foto yang bergayo nampak aei...."


Dalam majlis berginilah sedaro maro berjumpo dan berbual mesro.


Para warikh - orang pangkal, pertugas berehat sebontar.


Nampak aie kono masak nasi laei ni....tetamu dah datang bertambah ramai, begitulah agaknya yang perbualan antara tukang masak di tompat dapur masak. Semerbok masih mengamalkan lagi sikap bergotong royong didalam majlis-majlis perkahwinan dan termasuk lah majlis perkahwinan pada hari ini.


Kaum ibu juga tengah stanby memerhatikan lauk pauk 
mencukupi bagi majlis hari ini.


Khemah dan jalan masuk ke Majlis Perkahwinan.


Deretan kereta yang dipakir (parking) menghala 
ke ulu hingga kodai Pak Cik Kortal.


Yang ke hilir hingga ke rumah omak den.




 Cuaca pada hari majlis amat baik - paneh tapi berawan.

Sebenarnya ada beberapa majlis diadakan di Mobok ( Majlis Perkahwinan, majlis Doa selamat, Majlis tahmiq ) dan penulis hanya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan ini sahaja lantara ada urusan yang tak dapat dielakan.Mohon maaf kerana tak dapat hadir kepada Mak Lang Zainab serta satu lagi jemputan perkahwinan di Semerbok. Jika sesiapa ingin memberi maklumat atau foto=foto majlis berkenaan sila e-mail ke aisbatu2003@yahoo.com.




* Dua foto perkahwinan yang teratas adalah sumbangan dari saudara FB Mui Raselan.