Khamis, 23 Mac 2023

PROJEK TANAH TERBIAR (BEKAS SAWAH PADI) DI SEMERBOK.

 

Projek tanaman sayur kembali diusahakan dikawasan persekitaran Surau Kuala Merbok, semoga tanaman yang diusahakan membawa kejayaan hasil yang diharapkan. Kawasan didepan masjid Semerbok telah juga diusahakan sebahagiannya dengan projek tanaman kelapa serta tanaman kontan iaitu pisang, ada juga sebahagiannya tanaman sayuran. Alhamdulillah persekitaran Mobok tidaklah berhutan dan belukar serta meriah dengan tanaman yang diusahakan ditanah sawah yang terbiar.







SELAMAT BERPUASA DARI BLOG SEMERBOK NAN TUO.

 



 Selamat menjalani ibadah puasa dari kami di Blog Semerbok Nan Tuo.

Rabu, 22 Mac 2023

SUMBANGAN ASNAF DIAWAL RAMADHAN 1444/2023

 


Saudara Zamrus Kidam - 
Pengerusi Masjid Kariah Semerbok

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya sumbangan zakat oleh individu telah diagihkan kepada golongan asnaf yang layak di Kampung Semerbok sempena Ramadhan 1444H/2023M . Barangan sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Masjid pada 22hb.March 2023. Samaada asnaf sendiri atau wakil asnaf telah pun menerima barangan tersebut.












Semoga semua asnaf di Kampung Semerbok dapat berterusan menerima sumbangan berupa barangan makanan asas yang dihulurkan oleh orang perseorangan yang perihatin dengan golongan asnaf di Kampung kita Semerbok Nan Tuo. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua penyumbang yang telah sudi memberi sumbangan kepada penduduk yang memerlukan.