Jumaat, 10 Mei 2013

PANTANG LARANG KETURUNAN DEN.



Udang Galah.

Den sebenarnya sedang mencari kenapa keturunan den ni tak boleh memakan bondo yang sodap ni, iaitu Udang Galah. Bila dimakan keluarga den akan dilanda sakit perut yang teruk macam "Ellergic"je. Pernah sekita den kocik-kocik dulu hampir satu keluarga dimasukkan ke hospital Melaka kerana memakan Udang Galah ni. Jadi hingga hari ini keluarga den tak lah dapat memakan udang ni, bukan apo dari merana sakit masuk hospital baiklah den berpantang dari menolan lauk udang ni.

Pada suatu blog, den dah lupa pulak nama blognya... ada Tok Syeikh berkenaan menyatakan yang keturunan Tok Putih di Pulau Besar juga tidak boleh memakan Udang Galah. Adakah den ni sama dari keturunan berkenaan ? memakan masa untuk menyelidiki salasilah berkenaan, namun usaha-usaha sedang dirisik dari golongan orang-orang yang lebih tua dan mengetahui sejarah keturunan den. Moga Allah beri petunjuk segala usaha-usaha kami nanti...Insyaalah.



Pulau Besar.



Bersama anak den berhampiran makam Tok Putih.



Makam Tok Putih.

Serba sedikit pihak kami dapat juga petunjuk setelah mengunjungi Pulau Besar dan alhamdulillah.............................


ATEH JO KEMALANGAN DIMASUKKAN KEHOSPITAL COLUMBIA SEROMBAN.



Hospital Columbia Asia Seremban.

Sekali lagi omak terkejut dan susah hatinya lantaran terkojut dek Acik Zubir pergi menyahut panggilan Ilahi pun bolum reda, ni pulak terima berita Ateh dimasukan ke Hospital kerana cedera dikaki kanan dek terpotong gergaji letrik pemotong kayu. Ateh Jo ni memang lasak orang nya pantang ada cuti adolah kojo aie, memotong kayu lomang katanya untuk prepair bakar lomang rayo puaso nanti. Oleh kerana kayu yang dipotong terlalu pendek dan mata gergaji terlentik dan mengena betis kanan ateh serta terpotonglah kesemua urat-urat betisnya. Bayangkan lah darah terlalu banyak keluar, poei klinik daerah kat Astana Rajo untuk mendapatkan rawatan tapi pihak klinik mencadangkan segera bawa ke hospital Tampin. Mako segeralah Ateh dibawa ke Seromban dan ianya telah pengsan sebanyak dua kali. Sampai saja ke Hospital Columbia ateh segera dibedah dan den tak sanggup nengok jahitan dikakinya terlalu banyak.

Bersabarlah Ateh setiap kejadian adalah hikmah dan dugaannya dari Allah


 Ateh Johari terlantar di katil Hospital.


 Jururawat sedang menjalankan rawatan susulan harian.


Sedaro maro datang melawat dan menziarah.

Maso den tulis berito ni Ateh dah keluar hospital dan bercuti sakit sebulan dan dah duo kali pi cuci luko penjahit dibotisnyo...moga ateh copet sembuh.....

ACIK ZUBIR DALAM KENANGAN.




Acik, foto terakhir semasa ditanah suci Mekah.

Pada 26March 2013 acik dan kak cik pergi menunaikan Umrah dan dijangka balik pada 6 April 2013, "helo adik, acik ni....selasa depan acik nak bertolak dan doakan acik selamat poei dan balik yo.....". Rupanya itulah kata-kata terakhir acik dengan den sebelum beliau bertolak ke Mekah.Den sentiasa doakan acik moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Acik memang ada mengalami masalah jantung tapi bukanlah serius dan ketika tawaf mengelilingi Kaabah acik rebah dan terus menghembuskan nafas terakhir disana.



Foto kenangan bersama keluarganya.



Amat sedih perasaan omak Den bilo dikobarkan Acik dah poei untuk selamo-lamo aei. Yo lah omak mano yang tak bersodeh yo...harap omak den kuek dan tabah menghadapi dugaan Ilahi.....Al-Fatihah untuk Acik.....