Isnin, 26 Ogos 2019

SEMARAK JALUR GEMILANG - SEKOLAH KEBANGSAAN SEMERBOK.(RABU 21/8/2019)


Bila saya di jempot untuk program Semarak Jalur Gemilang, duduk lah eteh ponteh besama guru besar dan pegawai PPD macam duduk tak samo ghondah dan berdiri tak samo tinggi lak gaso er .Terima kasih guru besar dan guru-guru Sek Keb Semebok kerana sudi menjempot saya dalam majlis ni.. Ini lah sek saya dulu yang mengajar saya mengenal huruf dan nombor.. .. Pada murid-murid semuo belajar rajin-rajin, Jangan jadi cam acik.. Pueh cikgu ngajar tapi tak yo pandai pandai.. - Ridwan Wahab - Tok Ketua Kampung Semerbok.








Jumaat, 16 Ogos 2019

KULIAH TAUHID - SURAU KUALA MERBOK.





IBADAH QURBAN PADA ISNIN 12/08/2019 - MASJID SEMERBOK.


Aturcara majlis bermula pada pukul 8.00pagi yang telah diumumkan oleh Pengerusi Masjid iaitu Tuan Haji Johari merangkap juruacara majlis pada hari tersebut. Dengan iringan bacaan doa oleh tuan Imam 1,maka majlis ibadah Qurban pada tahun ini pun bermula. Sarapan pagi juga turut disediakan oleh pihak masjid bagi semua pertugas dan orang ramai yang hadir. Sebanyak 4 ekor kerbau dan 2 ekor lembu telah dikorbankan. Marilah kita lihat suasana Ibadah Qurban pada hari tersebut.























Alhamdulillah,semua agihan daging-daging korban telah selesai kira kira jam 2.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat.Pengerusi Masjid, Tuan Haji Johari telah mengumumkan ibadah korban untuk tahun depan akan bermula dengan kutipan RM100.00 bagi satu bahagian bermula pada bulan 2/2020. Sila rujuk kepada AJK Masjid Kariah Semerbok bagi urusan tabungan berkenaan atau terus dengan Pengerusi Masjid.

Sabtu, 10 Ogos 2019