Sabtu, 23 Mei 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - PENGERUSI & AJK SURAU SEMERBOK




Encik Rosli Bin yasin - Pengerusi Surau Kuala Merbok.

Walaupun pada tahun ini Surau Kuala Merbok tidak semeriah selalunya dibulan Ramadhan kerana kita dalam PKP, dengan gotong royong memasak untuk more,bubur lambuk, solat terawih serta pelbagai lagi kegitan kemasyarakatan dijalankan disini. Namun kemeriahan Aidilfitri tetap diwajah Ahli Jawatankuasa Surau. Sempena menjelangnya Syawal pada 24/05/2020 bersamaan  hari Ahad, Pengerusi Surau Kuala Merbok mengucapkan kepada semua AhliJawatkuasa Surau serta ahli-ahli kariah semua dengan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Khamis, 21 Mei 2020

SUMBANGAN BEKALAN MAKANAN UNTUK ASNAF SEMPENA AIDILFITRI


Alhamdulillah menjelangnya Aidilfitri iaitu pada Khamis 21/5/2020 telah berlangsungnya sumbangan barangan makanan untuk sepuloh golongan asnaf di Kampung Semerbok menerima barang-barang makanan dari penyumbang-penyumbang dari luar kawasan Kampung Semerbok atau lebih tepat lagi dari Kuala Lumpur.

Semoga para golongan asnaf yang menerima barangan tersebut dapat mengurangkan beban tanggungan harian serta berhari raya dengan gembira. Penyampaian sumbangan telah diuruskan oleh Tok Empat serta Ahli Jawatankuasa Masjid Semerbok. Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati serta Ahli Jawatankuasa Masjid yang mengelolakan majlis penyampaian barangan berkenaan.




Berikut adalah para asnaf yang menerima sumbangan Aidilfitri.












Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami blog Kampung Semerbok Nan Tuo.

Selasa, 12 Mei 2020

WARUNG PAK LATIF - KG SEMERBOK


Assalamuialaikum & selamat berpuasa.
👉menu berbuka puasa hari ni . 13/5/2020
👉puyuh goreng berlada rm5
👉puyuh salai+ubi kentang masak lemak cili api rm5
👉roti jala rm2  4biji
👉 kueh badak berendam rm2 4biji

⛔tutup order jam 2 petang⛔
Cod luar kawasan semerbok rm1-rm5
Untuk order whatsapp
Http://www.wassap.me/0126947567






Khamis, 7 Mei 2020

AGIHAN BUBUR LAMBUK OLEH TOK 4 KG SEMERBOK.




Pengagihan bubur lambuk dari Tok 4 akan diedarkan secara datang sendiri bermula 2 petang 8/5/2020 Jumaat mengikut kelapangan dan pandu lalu,bertempat dirumah Tok 4 sendiri . Ianya percuma dan mesti mengikut sop yang telah ditetapkan dengan penjarakan 1 meter antara tetamu yang mengambil bubur lambuk berekenaan. Patuhi sop yang telah ditetapkan oleh KKM. 

Terima kasih kepada Tok 4 dengan menyediakan bubur lambuk istimewa bagi juadah berbuka puasa pada hari ini.

Pada 4/5/2020 Isnin selepas Asar yang baru lalu agihan Kueh Tepung Pelita oleh Tok 4 kepada warga Merbok.


Kueh tepung pelita. 

Terima kasih kepada Tok 4 Kg Semerbok dengan sumbangan yang diberikan untuk kami berbuka puasa, semoga dipermudahkan semua kerja amal Tok dan dilimpahkan rezeki dengan kesihatan baik. 



Isnin, 4 Mei 2020

SUMBANGAN BEKALAN MAKANAN KEPADA GOLONGAN ASNAF DI KG SEMERBOK.


Pada 25hb.April Sabtu (2 Ramadhan), dengan kerjasama pihak Masjid serta Tok 4, sumbangan berupa barangan dapur bagi persediaan PKP (Covid-19) serta persediaan menjelangnya Ramadhan telah disumbangakan kepada warga Semerbok yang telah tersenarai sebagai penerima sumbangan tersebut.Seramai 15 orang penerima yang telah tersenarai sebagai penerima sumbangan berkenaan.

Ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada ahli Jawatankuasa Masjid dan Tok 4 kerana menguruskan semua sumbangan dengan teratur dan baik.















Selamat berpuasa dari kami blog Semerbok Nan Tuo.

Sabtu, 2 Mei 2020

WARUNG ON LINE PAK TAM LATIF - KG SEMERBOK.


Kampung Semerbok mematuhi peraturan dan Pkp oleh kerajaan bagi tiada bazar Ramadan sempena bulan puasa ini, tapi warung on line tetap berfungsi untuk warga Semerbok sahaja. Juadah seperti mana foto dipaparkan dan siap penghantaran kerumah warga. 

Menu juadah berbuka puasa hari ni 3/5/2020
Daging salai+pucuk ubi+belimbing buluh masak lemak cili api rm5
Puyuh salai+ubi kentang masak lemak cili api rm5 seekor
Ikan keli goreng berlada rm4 seekor
Kueh keria rm2 4biji
Kueh cucur udang rm2 4biji

Menu akan diupdate setiap hari melalui wassap kg Semerbok nan tuo dan Surau Kuala Merbok.