Isnin, 30 Oktober 2017

SESEKALI WARGA SURAU KUALA MERBOK MEMANCING UDANG DI SG TIMUN.


Dihujung minggu iaitu hari Ahad yang lepas 29hb.Oktober 2017 beberapa orang warga Surau Merbok telah mengisi masa lapang dengan memancing udang di Sungai Timun, Dengkil Selangor.  


Encik Rosli Yasin - Pengerusi Surau Kuala Merbok.


Abang Hamzah dan Acad Pendekar.




Acad dengan tangkapan udang nya.


Begitu juga dengan Abang Hamzah

Beriadah sambil mengisi masa lapang dengan kegiatan yang mendatangkan hasil tangkapan udang galah, selamat memancing dengan tangkapan yang lumayan.

Khamis, 26 Oktober 2017

KEDAI SANTAN DICHENGKAU TERBAKAR.


Pada tengah hari tadi sebuah kedai diChengkau telah terbakar dan tidak pula diketahui punca kebakaran dan pihak bomba telah sampai dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut.



Kiriman foto dari saudara Rosli Yasin - Kuala Merbok.

Selasa, 10 Oktober 2017

JEMPUTAN MENGARAK PENGANTIN DI DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN - DIKIR REBANA SNT.

Pada 7hb.Oktober bersamaan hari Sabtu Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo telah dijemput di Dewan Majlis Perbandaran Seremban untuk mengarak pengantin dan membuat persembahan. Terima kasih kepada tuan rumah dan kedua mempelai serta selamat pengantin baru dari kami Semerbok Nan Tuo.







Isnin, 9 Oktober 2017

KEBAKARAN SURAU KAMPUNG RELONG, PENAJIS NEGERI SEMBILAN.


Pada 28September 2017 Surau ini telah dilaporkan terbakar dan tak sempat diselamatkan, punca kejadian masih belum diketahui. Penulis ke tempat kejadian tiada sesiapa disana untuk ditemu bual bagi menerangkan kejadian kebakaran tersebut. Berikut adalah foto ditempat kejadian yang sempat dirakamkan.


Surau Kg Relong - ketika kebakaran.


Beginilah keadaan surau semasa lawatan tapak penulis ketempat kejadian.