Jumaat, 29 April 2016

BERDIKIR DI A' FAMOSA RESORT ALOR GAJAH MELAKA.


Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo mengadakan Persembahan Di A'Famosa Resort,Alor Gajah, Melaka, pada tanggal 27April 2016. 




Persembahan di A'Farmosa.


Bergambar di Surau Kuala Merbok.







Ahad, 17 April 2016

KOMUTER KTM DARI BANDAR TASIK SELATAN KE REMBAU.

Pada 9April 2016 Sabtu malam Ahad yang lalu penulis berkesempatan menaik train Komuter KTM dari Bandar Tasik Selatan ke Rembau dengan tambang RM10.30 sehala. Naik train pada pukul 8.10malam dari Bandar Tasik Selatan dan sampai ke Rembau pada jam 9.30malam, memang ramai yang menggunakan train ini sehingga Stesyen Seremban dan Senawang masih begitu ramai didalamnya dan sesampainya di Sungai Gadut, lihatlah foto dibawah hanya penulis dan tiga wanita yang berada didalam train berkenaan. Kemudahan yang disediakan ini telah pun boleh digunakan hingga ke Tampin tanpa turun diSungai Gadut dan menukar train lain pada seketika dulu. Kemudahan untuk orang-orang Negeri Sembilan, KTM Komuter dan mudahnya balik ke kampong halaman.


Stesyen Komuter Rembau.



Stesyen Rembau.

KULIAH MAGHRIB - USTAZ FATURRAHMAN MOKTAR.


KULIAH MAGHRIB 16/04/2016 - Surau Kuala Merbok.


Ustaz Faturrahman Moktar.





Rabu, 13 April 2016

CERAMAH PERDANA - USTAZ SYAMSUL AMRI.


Pada 9/04/2016 Sabtu selepas solat Maghrib telah berlangsungnya sekali lagi Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul. Kedatangan beliau agak lewat dan ramai jemaah yang fikirkan beliau tak dapat datang serta kehadiran jemaah agak kurang bilangannya tetapi tetap meriah dengan nasihat serta teguran dari Ustaz Syamsul dengan diselang seli bersama gurau sendanya dalam bahasa ilmu. Berikut adalah foto-foto dimajlis berkenaan yang sempat dirakamkan.









Selasa, 12 April 2016

PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SURAU KUALA MERBOK.


Kontraktor yang dilantik akan cuba menyiapkan bangunan tambahan ini sebelum menjelang bulan Ramadhan. Semoga kerja-kerja pembinaan Allah permudahan bagi anak-anak kariah lebih selesa menjalankan aktiviti keagamaan.


Kerja-kerja pembinaan pada hari Jumaat.



Yang pada hari Minggu10/04/2016.




Yang ini pula pada hari Selasa 12/04/2016.



Pihak AhliJawatankuasa Surau Kuala Merbok berharap tuan-tuan yang ingin menyumbang kewangan silalah memasukan sumbangan tuan-tuan semua kedalam akaun Bank Simpanan Nasional sebagaimana nombor akaun yang tertera sebelah atas kanan blog ini. 

Khamis, 7 April 2016

PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SURAU KUALA MERBOK.


Pihak Surau telah menerima sumbangan dari orang perseorangan untuk membina atau membesarkan ruang sebelah kiri surau bagi ruang untuk pelbagai guna serta beranda yang menghadap sawah padi. Terima kasih kepada sumbangan hamba Allah ini dan beliau melihat keperluan semasa terhadap surau lalu segera menyumbang untuk faedah anak-anak kariah yang sering menggunakan surau bagi perbagai aktiviti untuk mengimarahkan surau.





Pihak surau juga memerlukan sumbangan berupa kewangan bagi menampung perbelanjaan sesi kuliah yang diadakan saban minggu. Tuan-tuan bolehlah menghulurkan bantuan terus ke akaun Surau Kuala Merbok di bank BSN 0530041000110669.

Isnin, 4 April 2016

CERAMAH PERDANA - USTAZ SYAMSUL AMRI (SURAU KUALA MERBOK).

Kuliah Perdana dengan penceramahnya Ustaz Syamsul Amri akan diadakan pada 9April 2016 hari Sabtu selepas Maghrib. Semua dijemput hadir.


Ustaz Syamsul Amri.

Melihat pada sambutan jemaah kariah Semerbok yang begitu memberangsangkan serta kelapangan Ustaz Syamsul Amri untuk menghadirkan diri untuk berceramah,maka pihak Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok sekali lagi menjemput Ustaz Syamsul untuk mengimarahkan Surau Kuala Merbok dengan ceramah perdana. Marilah kita sama-sama menghadirkan diri ke Surau ini dengan ceramah yang berloghatkan sepenuhnya loghat Nogori Sembilan.

Ahad, 3 April 2016

KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ TUAN HAJI AHMAD SAID.


Kuliah Maghrib bersama Ustaz Tuan Haji Ahmad said akan berlangsung pada Isnin 4/4/2016 selepas Solat Maghrib. Semua dijemput hadir.


Ustaz Tuan Haji Ahmad Said.

Manakala pada 10/04/2016 bersamaan hari Ahad, Ustaz Tuan Haji Ahmad akan berada di Masjid Semerbok Selepas Solat Maghrib dan mohon semua jemaah dapat hadir ke majlis takmir berkenaan.