Isnin, 4 April 2016

CERAMAH PERDANA - USTAZ SYAMSUL AMRI (SURAU KUALA MERBOK).

Kuliah Perdana dengan penceramahnya Ustaz Syamsul Amri akan diadakan pada 9April 2016 hari Sabtu selepas Maghrib. Semua dijemput hadir.


Ustaz Syamsul Amri.

Melihat pada sambutan jemaah kariah Semerbok yang begitu memberangsangkan serta kelapangan Ustaz Syamsul Amri untuk menghadirkan diri untuk berceramah,maka pihak Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok sekali lagi menjemput Ustaz Syamsul untuk mengimarahkan Surau Kuala Merbok dengan ceramah perdana. Marilah kita sama-sama menghadirkan diri ke Surau ini dengan ceramah yang berloghatkan sepenuhnya loghat Nogori Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan