Khamis, 7 April 2016

PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SURAU KUALA MERBOK.


Pihak Surau telah menerima sumbangan dari orang perseorangan untuk membina atau membesarkan ruang sebelah kiri surau bagi ruang untuk pelbagai guna serta beranda yang menghadap sawah padi. Terima kasih kepada sumbangan hamba Allah ini dan beliau melihat keperluan semasa terhadap surau lalu segera menyumbang untuk faedah anak-anak kariah yang sering menggunakan surau bagi perbagai aktiviti untuk mengimarahkan surau.





Pihak surau juga memerlukan sumbangan berupa kewangan bagi menampung perbelanjaan sesi kuliah yang diadakan saban minggu. Tuan-tuan bolehlah menghulurkan bantuan terus ke akaun Surau Kuala Merbok di bank BSN 0530041000110669.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan