Isnin, 29 Jun 2015

PASAR RAMADHAN TAMPIN 2015.




Pasar Ramadhan Tampin.

Pada 26/06/2015 Sabtu,blog Semerbok Ku Nan Tuo mengunjung Pasar Ramadhan di Tampin berhampiran mini stadium , sekitar tempat letak kereta. Nampaknya pada tahun ini penjaja begitu ramai dan menjual aneka juadah berbuka puasa. Pengunjung begitu ramai dan kawasan parking kereta begitu terhad, apatah lagi diwaktu puncak dari pukul 5.00petang hingga jam 7.00petang. Salam Ramadhan dari kami blog Semerbok Nan Tuo.

Jumaat, 19 Jun 2015

SEMBAHYANG TARAWIH PERTAMA DI SURAU BARU KUALA MERBOK.


Beginilah suasana kemeriahan Sembahyang Tarawih dimalam pertama dalam bulan ramadhan 1436 hijrah di Surau baru Kuala Merbok, semua jemaah sedang menunggu untuk bersembahyang Isyak dan berterawih.




More juga disediakan disepanjang bulan ramadhan pada kali ini. bagi anak-anak kariah datanglah bertarawih disini sebagaimana surau kita yang lama dulu. Pihak Ahli Jawatan Kuasa Surau Kuala Merbok mengucapkan kepada semua selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini.  

MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN UNTUK FAKIR MISKIN DAN ANAK-ANAK YATIM SEMPENA BULAN RAMADHAN.





Pengerusi Surau - Encik Rosli Yasin.


 Mejar (B) Zul - Setiausaha Projek.

















Selasa, 16 Jun 2015

MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN FAKIR MISKIN ANJURAN SURAU KUALA MERBOK.





Menjelangnya Bulan Ramadhan yang kunjung tiba, suatu majlis sumbangan akan diadakan sepertimana tertera diatas. Majlis akan berlansung selepas solat Asar pada jam 5.00petang pada 17hb.Jun 2015 bersamaan 30Sya'aban 1436Hijrah. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Pengerusi Surau.

Sabtu, 13 Jun 2015

SUMBANGAN BARANGAN DAPUR UNTUK KEGUNAAN SURAU DARI HAMBA ALLAH.

13/06/2015
Surau Kuala Merbok
Perkakas dapur sebanyak 29 kotak, sudip, sebuah kuali dan periuk diterima hari ini sebagai derma untuk kegunaan surau.













Sumbangan barangan berupa perkakas yang diperlukan oleh sebuah surau telah disumbangkan oleh seorang hamba Allah yang tak mahu namanya disiarkan disini dan bagi pihak Ajk surau Kuala Merbok dan seluruh penduduk kariah Kampong Semerbok mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang atau penderma berkenaan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik dan sumbangan tuan kepada surau kami.

Jumaat, 12 Jun 2015

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN DI KUALA MERBOK.


Bagi persediaan Ramadhan dan Syawal suatu gotong royong pembersihan kawasan tanah perkuburan ini telah dijalankan pada pagi Jumaat 12 Jun 2015 di tanah perkuburan Kuala Merbok. Suasana begini telah berlangsung saban tahun apabila menjelangnya tiba bulan ramadhan atau bulau puasa.








Khamis, 11 Jun 2015

SURAU KUALA MERBOK.




Surau Kuala Merbok pada Khamis 11Jun 2015 telah pun menerima jenazah pertama untuk disembahyangkan di surau ini. Jenazah seorang perempuan dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada Cikgu Sani dan keluarga kerana kehilangan seorang anak yang disayangi tapi Allah lebih menyayanginya, diharap banyak bersabar dengan dugaan yang maha Esa. Al-Fatihah.





MAJLIS ILMU BERSAMA YANG BERBAHAGIA USTAZ HAJI AHMAD SAID (TAMPIN) SEMPENA PERASMIAN SURAU KUALA MERBOK.


Pada sebelah malam 8 Jun 2015 hari Isnin, jam 7.20 - 9.30 malam telah berlansungnya Majlis Ilmu bersama Ustaz Tuan Haji Ahmad Sempena Perasmian Bangunan Baharu Surau Kuala Merbok. Setelah majlis perasmian disebelah siang diraikan dengan jayanya maka disebelah malam pula dibawakan dengan majlis ilmu untuk semua kariah Semerbok serta yang berhampiran. Kita lihat rakaman foto oleh encik Aziz Ujang ini yang turut menghadiri dari awal pagi majlis yang diadakan hinggalah kesebelah malam dengan majlis ilmu pula.


Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Said.




















Betapa meriahnya setiap majlis ilmu apabila diadakan disurau ini, syabas kepada semua Ajk Surau yang bertungkus lumus mengusahakan majlis ilmu bagi mengimarahkan surau Kuala Merbok ini. Untuk penduduk semua kariah Semerbok teruskanlah suasana ini bagi mengimarahkan Surau yang serba baru ini.