Selasa, 6 Oktober 2020

DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO - BERAKSI DI KG PADANG

 


Pada 3hb.Oktober 2020, kumpulan Rebana Semerbok Nan Tuo telah beraksi di Kampung Padang Kota Negeri Sembilan.

(Jaga jarak,pakai mask dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta sering menggunakan sanitizer) Kita jaga kita.

Rabu, 29 Julai 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1441H/2020M



Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami blog Semerbok Nan Tuo, Surau Kuala Merbok, Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo, Kumpulan Marhaban Khairunnisa, serta seluruh warga Kampung Semerbok.

KULIAH MAGHRIB - SURAU KUALA MERBOK.



Jumaat, 24 Julai 2020

PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK ASNAF BAGI MERAYAKAN RAYA QURBAN 2020M/1441H PADA AHAD 12JULAI 2020.



                         Pengesrusi (Tn.Haji Johari ) & Setiausaha (En.Zamros) Masjid Semerbok.
                            (Dibelakang mereka barangan sumbangan kepada asnaf Kg Semerbok)
.


Barangan makanan yang disumbangkan.









Ribuan Terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang-pennyumbang yang bermurah hati membantu para golongan asnaf di Kampung Semerbok. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Ahlijawatankuasa Masjid Semerbok yang berkerja keras mengimarahkan Masjid kita serta menjaga kebajikan semua penduduk yang tak berkemampuan supaya mereka juga tidak ketinggalan dari bantuan, bantuan disampaikan oleh Tuan Haji Johari dan En.Zamros bertempat di kedai Arwah Tuan Haji Sudin Kampung Semerbok. 

Sabtu, 23 Mei 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - PENGERUSI & AJK SURAU SEMERBOK




Encik Rosli Bin yasin - Pengerusi Surau Kuala Merbok.

Walaupun pada tahun ini Surau Kuala Merbok tidak semeriah selalunya dibulan Ramadhan kerana kita dalam PKP, dengan gotong royong memasak untuk more,bubur lambuk, solat terawih serta pelbagai lagi kegitan kemasyarakatan dijalankan disini. Namun kemeriahan Aidilfitri tetap diwajah Ahli Jawatankuasa Surau. Sempena menjelangnya Syawal pada 24/05/2020 bersamaan  hari Ahad, Pengerusi Surau Kuala Merbok mengucapkan kepada semua AhliJawatkuasa Surau serta ahli-ahli kariah semua dengan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Khamis, 21 Mei 2020

SUMBANGAN BEKALAN MAKANAN UNTUK ASNAF SEMPENA AIDILFITRI


Alhamdulillah menjelangnya Aidilfitri iaitu pada Khamis 21/5/2020 telah berlangsungnya sumbangan barangan makanan untuk sepuloh golongan asnaf di Kampung Semerbok menerima barang-barang makanan dari penyumbang-penyumbang dari luar kawasan Kampung Semerbok atau lebih tepat lagi dari Kuala Lumpur.

Semoga para golongan asnaf yang menerima barangan tersebut dapat mengurangkan beban tanggungan harian serta berhari raya dengan gembira. Penyampaian sumbangan telah diuruskan oleh Tok Empat serta Ahli Jawatankuasa Masjid Semerbok. Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati serta Ahli Jawatankuasa Masjid yang mengelolakan majlis penyampaian barangan berkenaan.




Berikut adalah para asnaf yang menerima sumbangan Aidilfitri.












Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami blog Kampung Semerbok Nan Tuo.