Khamis, 29 November 2012

MASJID KARIAH KAMPONG SEMERBOK.



MASJID KARIAH KG SEMERBOK (2009).



MASJID KARIAH KG SEMERBOK (2012).

Masjid Kariah Kg. Semerbok

Latar Belakang

Masjid Kariah Kampung Semerbok telah dibina pada tahun 1922M. Pengasasnya ialah Allahyarham Tuan Guru Sheikh Hj Mohd Said bin Sheikh Jamalaudin Al-Linggi. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh pendudduk setempat. Ia dijadikan sebagai pusat penyebaran Tarikat Ahmadiyah di Daerah Rembau serta menjadi pusat perkembangan ilmu keagamaan sepanjang tahun 1920-an. Masjid ini pernah dinaik taraf dan di baik pulih pada tahun 1982M dan 1994M. Semasa dibina ahli jemaah masjid ini hanya cuma seramai 110 orang sahaja akan tetapi kini jumlah tersebut telah meningkat kepada 250 orang jemaah dalam satu - satu masa. Ubahsuai ruang dalaman masjid ini telah dilakukan pada tahun 2010 dan 2011 untuk menampung jemaah yang kian ramai, pada hemat penulis ruang solat kini boleh menampung 300 ke 400jemaah. Turut diperbaharui atau dibekalkan dengan  di ruang solat adalah alat penghawa dingin. Kebiasaannya alat penghawa dingin dipasang pada solat Jumaat.

Binaan

Reka bentuk masjid ini banyak menyerupai masjid-masjid lama dinegeri Melaka iaitu 3 tingkat asas lapisan atapnya. Tiang asas - empat batang tiang asas yang diperbuat dari kayu balak yang menampung ketiga-tiga tingkat ruang lapisan atap tersebut - keilmuaan, keimanan dan ketakwaan asas tingkat yang dibina oleh para ulama bagi melambangkan ketinggian agama kita. Dinding-dinding masjid diperbuat dari batu dan atap dari abestos, tingkap-tingkap telah pun ditukar ke tingkap cermin gelungsur (sliding),begitu juga pintu utama dengan pintu cermin.Kemudahan


1. Ruang solat lelaki dan wanita


Jemaah diawal solat jumaat.


Solat Zohor.


Solat Asar.


Solat Subuh


Bilal sedang membaca Hadis.


Sebahagian jemaah sedang khusuk
dengan majlis ta'lim.



Tempat Solat Wanita.

2. Tempat wudhuk adalah didepan ruang tangga masuk ke masjid. Dikawasan ini juga diletakan papantanda kenyataan aktiviti Kampong Semerbok serta jadual majlis ilmu di Masjid.


Ruang tangga utama Masjid.


Tempat wuduk lelaki dan 
tempat wuduk perempuan dibelakang masjid.


3. Tandas - lelaki dan wanita di bahagian belakang masjid.
4. Bilik mesyuarat
5. Bilik Stor
6. Ruang pengurusan jenazah
7. Ruang makan jemaah - turut digunakan tempat solat jemaah wanita.
8. Parking kereta dan motosikal




Tempat letak kereta juga 
di bahagian luar/depan masjid.



9. Tempat istirehat



Keistimewaan
Masjid ini mengurus, mengawal dan menyelia tiga buah kawasan tanah perkuburan dan dua buah masjid.


Tanah wakaf Semerbok (Masjid).


Tanah Wakaf (Kehilir - Semerbok)


Tanah Wakaf kehilir.

Satu lagi kawasan perkuburan (tanah wakaf) iailah di Kampong Sungai Serai yang kira-kira 1 ke 2 km dari sini.

Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-05-RB-00107
Nama Masjid: MASJID KARIAH KG. SEMERBOK
Alamat: 71350 KOTA, REMBAU
Telefon: 017-2783550

Maklumat dari Portal Islam Grid.

Maklumat Imam


                                    YM Dato Bangsa Balang Hj. Yahya Musa 



Mohd Zain Bin Sharif.


Mohamed Zawawi Bin Bakar



Papantanda manaiktaraf sistem pendawaian Masjid yang telah dijalankan.

ALUMNI SEMENDA 2010.



Sekolah Menengah Dato Abdullah (SEMENDA).
Astana Raja.


Pintu Masuk Semenda.



Bekas-bekas pelajar,guru SEMENDA & SKAR.


Den tak do masa ni....rayo romah emak mentuo.

Banyaknya kenangan kat sekolah ni....mengenal dunia persekolahan dan belajar bersama Ogy dengan mengayuh basikal dari merbok. 


Jumaat, 16 November 2012

KONVO KE-18 GMI.(ANAK DEN -AMIR )



Amir Ariffin.


3NOV.2012- MAJLIS KONVOKESYEN KE 18 GMI.


Anak den yan tuo - Amir.


Apo laei sukocitonye den melihat kejayaan anak.


Yang ni konvo jugak.



Ni lah projek Amir di tahun akhir 2011.


Ni projek pecah pale ni..mak 
(ado-ado je la anak den ni).


Rakan dan group projek Amir.

Ibu doakan kejayaan yang cemerlang dalam menempuh liku-liku hidup dan mencapai cita-cita dihari mendatang, jangan lupa menjaga sembahyang lima waktu serta berdoa kepada Allah untuk mengiring usaha dan kejayaan yang abadi.

MAJLIS PERKAHWINAN DI SRI GOMBAK SELANGOR.



Tidak perlu mencari secantik balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman.Mengapa mengharap teman setampan Yusof, jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,andai diri tak sehebat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri,bimbinglah dirinya dan terima kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya,bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu selamanya.

Amin Ya Rabbal A'lamin.



Ikatan kasih Norizam dan Ninaliza 
(Ahad 4/11/2012).

Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam,
bukan dari kepala untuk menjadi atasnya,
bukan dari kaki untuk menjadi alasnya,
melainkan dari sisinya
untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan
dekat dihatinya untuk dicintai.........................................

"maksud hadis".
Hadis Rasulullah S.A.W


Bapa pengantin perempuan encik Nasaruddin
(baju melayu kuning - depan).


Kak Genian 
(emak pengantin perempuan).



Den snap maso datang awal,kang orang ramai den tak dapek nak ambil gambar, den dah sibuk dengan urusan pengantin. 


 Anak-anak den ngan sepupunya.


Apo laei, den la ni ngan kakak ipar dan beras den......



Ni saudagar dari Cairo.......import ekspot la.....


....yang ini dari Temerloh Pahang.


Abang ipar den....Encik Rahim dan keluarganya.


alamak tersnap pulak foto ni....ha..ha..


Beras kunyit kami taburi
Air mawar direnjis wangi
Memadu pertemuan dua hati
Berkembang kasih menabur budi

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada kedua pengantin iaitu Nina Liza dan Norizam. Moga kekal sehingga ke anak cucu dan pada abang ipar den selamat menerima menantu.

Selasa, 13 November 2012

CUCU-CUCU PEREMPUAN PUAN SALBIAH & REDBO



Inilah sebahagian dari cucu-cucu perempuan Wan Salbiah.

Diteratak darat buat halwa
Halwa pula manis dek gula
Amboi-amboi anak dan emak sama bergaya
Sambil berdiri lagak dan gaya diatas tangga



Ini waktu Rayo Pertama 1433H/2012M.

Kedarat kebaroh kain labuh 
Kain dipakai diwaktu subuh
Yang ramai-ramai tu pakaian labuh
Mana satu agaknya dulu bertemu jodoh.



Amboi bukan main pandainye anak-anak den bergayo.....

Beli kain panjang segulung
Kain dibeli di Parit Sulong
Dalam ramai-ramai Nurul lah yang beruntung
Kerana duduk di Bukit Beruntung.

WARNA WARNI KODAI DI TAMPIN.




Keretapi beronti boleh la den duduk.....

Masa kecil den dulu tak sempat nak bergambar kat sini, maklum la nak ketampin pun susah dan kena poca keto Toyot dan tunggu abah ada gaji dulu baru boleh pergi atau jual getah, tak pun omak ambil elaun asokar along. Po ei la naik bas atau poca keto. Susah bonar waktu tu nak po ei Tampin.

Kedai penjaja yang baru di Tampin.

Nampak unik dan cantik barisan kedai ni.

Ingatkan dalam filem hindustan je ada foto-foto kedai berwarna warni ni ha...rupanya kat Tampin pun ado........