MASJID KARIAH KG SEMERBOK (2009).
MASJID KARIAH KG SEMERBOK (2012).
Masjid Kariah Kg. Semerbok
Latar Belakang
Masjid Kariah Kampung Semerbok telah dibina pada tahun 1922M. Pengasasnya ialah
Allahyarham Tuan Guru Sheikh Hj Mohd Said bin Sheikh Jamalaudin Al-Linggi. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh pendudduk setempat. Ia dijadikan sebagai
pusat penyebaran Tarikat Ahmadiyah di Daerah Rembau serta menjadi pusat
perkembangan ilmu keagamaan sepanjang tahun 1920-an. Masjid ini pernah dinaik
taraf dan di baik pulih pada tahun 1982M dan 1994M. Semasa dibina ahli jemaah
masjid ini hanya cuma seramai 110 orang sahaja akan tetapi kini jumlah tersebut
telah meningkat kepada 250 orang jemaah dalam satu - satu masa. Ubahsuai ruang dalaman masjid ini telah dilakukan pada tahun 2010 dan 2011 untuk menampung jemaah yang kian ramai, pada hemat penulis ruang solat kini boleh menampung 300 ke 400jemaah. Turut diperbaharui atau dibekalkan dengan di ruang solat adalah alat penghawa dingin. Kebiasaannya alat penghawa dingin dipasang pada solat Jumaat.
Binaan
Reka bentuk masjid ini banyak menyerupai masjid-masjid lama dinegeri Melaka iaitu 3 tingkat asas lapisan atapnya. Tiang asas - empat batang tiang asas yang diperbuat dari kayu balak yang menampung ketiga-tiga tingkat ruang lapisan atap tersebut - keilmuaan, keimanan dan ketakwaan asas tingkat yang dibina oleh para ulama bagi melambangkan ketinggian agama kita. Dinding-dinding masjid diperbuat dari batu dan atap dari abestos, tingkap-tingkap telah pun ditukar ke tingkap cermin gelungsur (sliding),begitu juga pintu utama dengan pintu cermin.Kemudahan

1. Ruang solat lelaki dan wanita
Jemaah diawal solat jumaat.
Solat Zohor.
Solat Asar.
Solat Subuh
Bilal sedang membaca Hadis.
Sebahagian jemaah sedang khusuk
dengan majlis ta'lim.
Solat Subuh
Bilal sedang membaca Hadis.
Sebahagian jemaah sedang khusuk
dengan majlis ta'lim.
Tempat Solat Wanita.
Ruang tangga utama Masjid.
Tempat wuduk lelaki dan
tempat wuduk perempuan dibelakang masjid.
3. Tandas - lelaki dan wanita di bahagian belakang masjid.4. Bilik mesyuarat
5. Bilik Stor
6. Ruang pengurusan jenazah
7. Ruang makan jemaah - turut digunakan tempat solat jemaah wanita.
8. Parking kereta dan motosikal
Tempat letak kereta juga
di bahagian luar/depan masjid.
9. Tempat istirehat
Masjid ini mengurus, mengawal dan menyelia tiga buah kawasan tanah perkuburan
dan dua buah masjid.
Tanah wakaf Semerbok (Masjid).
Tanah Wakaf (Kehilir - Semerbok)
Tanah Wakaf kehilir.
Satu lagi kawasan perkuburan (tanah wakaf) iailah di Kampong Sungai Serai yang kira-kira 1 ke 2 km dari sini.
Maklumat Lanjut
No Daftar: MY-05-RB-00107Nama Masjid: MASJID KARIAH KG. SEMERBOK
Alamat: 71350 KOTA, REMBAU
Telefon: 017-2783550
Maklumat dari Portal Islam Grid.
Maklumat Imam
Mohd Zain Bin Sharif.
Mohamed Zawawi Bin Bakar
Papantanda manaiktaraf sistem pendawaian Masjid yang telah dijalankan.
apo makno nya semerbok tu ? dan kat mano ?
BalasPadamSebonarnye den pun tak berapo tau...tapi orang tuo-tuo ado mengatokan kat den yang makna semerbok adalah seekor burong yang bosar...bosar mano pun ontahlah.....Mobok ni kat Nogori 9 la.....
BalasPadam