Khamis, 30 Mac 2017

KEDAI MINUM KURAS - KUALA MERBOK.

Kedai minum milik Tuan Kuras kini kembali dibuka seperti biasa.........

Assalamualaikum, pagi ini encik Kuras mulo berniago kek balai rayo baru, menu pagi - nasi goreng,nasi lomak, mehon goreng dan kueh muih,minuman panas dan sejok. Selamat menjamu selero dan waktu berniago pagi sampai potang. Setiap hari bukak - Sharul Bahari Yatim.




Jom la minum,Mobok banjir duo tigo ari ha sampai jambatan pun roboh,porut kosong tokak dahago.......

Selasa, 28 Mac 2017

LAGI BANJIR DI SEMERBOK


Hujan begitu lebat pada petang 28/03/2017 dan telah mengakibatkan kejadian banjir yang agak teruk di Kampong Semerbok. Semua foto-foto dan rakaman video adalah kiriman penduduk-penduduk Mobok.


Suasana waktu senja didepan Masjid Semerbok ketika air banjir.


Laluan Jambatan terputus akibat banjir (laluan ke tanah borang)























Jambatan menghala ke tanah borang terputus.

Ahad, 26 Mac 2017

BAJU KOPORAT BARU DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO.


Bermula pada bulan April 2017 Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo akan membuat penampilan berwajah baru, iaitu dari warna biru ke warna kegemaran orang Semerbok iaitu warna merah.
Baju baru Dikir Rebana Semerbok Nan tuo.


Uniform lama Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.

SEMERBOK BANJIR LAGI.

Suasana banjir kilat yang sempat dirakamkan oleh Saudara Duan dan saudara Acad di Kampong Semerbok, Kota N9. Pada petang 26/03/2017 Ahad hujan turun dengan begitu lebat dikebanyakan tempat didaerah Rembau dan di Semerbok iaitu dihulu Sungai Serai terdapat tadahan empangan kecil untuk menampung apabila aktivi menanam padi dijalankan, takungan empangan ini tidak dapat memperlahankan aliran air hujan kedalam sungai kecil yang terdapat di kampong ini (Lubok Tomobok).Akibatnya limpahan air mengalir mengikut kehendaknya alam menuju ke Semerbok.


Banjir.








Kebun pisang juga tenggelam.

Selasa, 21 Mac 2017

BANJIR DI SEMERBOK (DIDAERAH REMBAU).



Berikutan hujan yang lebat diawal pagi pada 20/03/2017 (Isnin) di daerah Rembau dan telah mengakibatkan banyak tempat yang rendah serta ditepi sungai mengalami banjir kilat. Di Kampung Semerbok laluan sebelum Masjid (lubuk Charigh) dan di selekoh simpang tiga jalan Sekolah Rendah Kebangsaan mengalami kenaikan air memenuhi jalan raya dan terputus buat sementara.

Antara foto-foto yang sempat dirakamkan oleh ahli-ahli Wassap Kampong Semerbok Nan Tuo adalah sepertimana dibawah :-