Selasa, 26 Januari 2016

WARUNG AKASHAH DI KAMPONG SEMERBOK.


Pada 23hb.Januari 2016, penulis dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok telah berkesempatan singgah bersarapan pagi diwarung kopi Akashah. Warung ini terletak ditepi sawah yang telah ditanami dengan nenas madu tapi suasana hembusan bayu sawah padi tetap terasa dipinggiran tebing sawah ini. Sungguh selesa dan nyaman berada disini dengan sarapan yang terhidang berbagai juadah serta nasi lemak special yang turut disajikan kepada pengunjung warung. 









Kedai atau warung yang baru didirikan di penghujung tahun 2015 di Kampong Semerbok ini telah mendapat sambutan sebagaimana gerai-gerai yang lainnya yang telah lama berniaga. Penulis blog akan cuba memaparkan beberapa gerai atau warung yang didirikan di kampong ini untuk kita sama-sama mengetahui keadaan ekonomi atau tempat sarapan apabila kita berkunjung ke desa Semerbok.

Isnin, 25 Januari 2016

KULIAH DHUHA DI SURAU KUALA MERBOK.


Alhamdulillah pada tanggal 23hb.Januari 2016 bersamaan hari Sabtu telah berlansungnya kuliah Dhuha di Surau Kuala Merbok yang di khaskan untuk kaum muslimah yang dibimbing oleh Ustazah Siti Rosnah Redza. Semoga pihak Ajk Surau mempelbagaikan serta memperbanyakan lagi aktiviti kuliah agama untuk kaum muslimah di Kampong Semerbok nan tuo.





Bagi Ajk Surau Kuala Merbok, taniah diucapkan kerana berusaha gigih bagi menzahirkan kuliah Dhuha ini dengan menjemput dan menwar-warkan kuliah kepada muslimah dari rumah kerumah serta melalui kerja keras semua yang terlibat. Semoga dimasa-masa akan datang kuliah dihadiri dengan lebih ramai muslimah dari Kampong Semerbok Nan Tuo serta dari ceruk rantau dimana jua. 

Selasa, 19 Januari 2016

KULIAH DHUHA UNTUK MUSLIMAH DISURAU KUALA MERBOK.




Dijemput semua muslimah Kampong Semerbok dan sekitarnya hadir ke Majlis Solat Sunat Dhuha serta Kuliah Dhuha yang akan diadakan sepertimana masa dan tempat yang tertera diatas.

Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok.

KULIAH MAGHRIB DAN SUBUH PADA 23 & 24 JANUARI 2016 DI SURAU KUALA MERBOK.

Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok, adalah dengan ini ingin memaklumkan kepada semua bahawa Kuliah (Bulanan) Maghrib dan Subuh bersama Ustaz Fathurrahman Bin Mokhtar akan diadakan sepertimana ketetapan dibawah :-




Sehubungan dengan itu dijemput semua tuan puan samaada anak-anak kariah atau yang berdekatan untuk hadir kemajlis ilmu serta taman-taman syurga diketetapan tersebut. 

Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok.

Rabu, 6 Januari 2016

BLOG KG SEMERBOK NAN TUO DIJEMPUT KE CHEDOQ BEACH RESORT ROMPIN PAHANG.

Pihak penaja program sehari di Rompin telah mempelawa kami menginap di Chedoq Beach Resort Rompin Pahang Darul Makmur. Terima kasih kepada Pengurus Resort dan Tuan Haji Mokhtar serta isteri yang sudi melayan kami serta memperkenalkan resort ini untuk menginap dengan selesa. Sehari sebelum kami tiba disini diberitakan begitu ramai pengunjung kepantai kerana mengutip kerang yang naik disepanjang pantai, kami tak berkesempatan melihat kerang yang banyak naik tu kerana lewat sampai kesini.Walaubagaimana pun pihak penaja dan pengurus resort telah menjamu kami dengan masakan laut yang begitu banyak dan sedap.




 Jalan masuk dari jalan besar.


Pelan ke arah resort.


Tasik air tawar berhampiran resort.


Rumah yang kedua dari kiri tempat kami menginap.




Bilek dan perhiasan dalaman resort.




Disebelah malam kami dibawa ke Restoran didalam resort.


Masakan ketam,udang, kerapu,sotong serta masakan jepun
 yang dihidangkan kepada kami.


Ketam yang besar dan menyelerakan.






Masih ada lagi yang membawa tong 
atau baldi bagi mengutip kerang.

Memang tak pernah jadi begitu banyak kerang-kerang naik kedarat dan boleh dikatakan disepanjang pantai mereka mendarat. Macam pesta la penduduk kampong mengutip kerang-kerang berkenaan. Disini terdapat juga tempat memancing bagi peminat memancing serta disediakan juga rumah penginapan bagi tujuan tersebut yang diusahakan oleh penduduk tempatan yang juga sedara mara pengurus resort. ianya terletak kira-kira 5 atau 6 kilometer dari resort ini. penulis telah pun melawat tempat berkenaan dan memang sesuailah kaki kaki pancing menginap disana.

Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Haji Moktar dan isteri kerana sudi melayan kami berkunjung ke Rompin dan kami berjanji jika tiada aral melintang akan berkunjung lagi ke Rompin dan resort ini.