Selasa, 21 Ogos 2018

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1439/2018.




Selamat Hari Raya Aidul Adha dari kami Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok Kota Negeri Sembilan Darul Khusus.

SUMBANGAN KARPET BARU DI SURAU KUALA MERBOK.


Pada hari Selasa 21hb.Ogos 2018, pemasangan karpet baru hasil dari semua penyumbang dari Kuala Lumpur telah pun siap dipasang dan kami Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok mengucapkan kesyukuran dan berterima kasih atas sumbangan karpet yang telah pun siap dipasang. Ianya amat bermakna kepada semua kariah Merbok kerana besok kita akan menyambut AidilAdha serta mendirikan Solat Sunat Aidiladha di Surau ini.

Terima kasih tak terhingga dari kami AhliJawatkuasa Surau Kuala Merbok.




Karpet Surau yang telah siap dipasang.

Foto-foto dibawah ketika kerja-kerja pemasangan dijalankan.







Selamat hari raya Aidiladha kami ucapkan kepada semua ahli kariah Semerbok serta semua muslimin dan muslimat.

Isnin, 20 Ogos 2018

KULIAH MAGHRIB USTAZ TUAN HAJI AHMAD.


Pada 19/08/2018 telah berlangsungnya kuliah maghrib sepertimana yang diwar-warkan didalam blog dan wassap Surau Kuala Merbok.





Ceramah kali ini turut menyentuh amalan puasa sunat Arafah serta fadhilatnya yang tinggi disisi Allah serta ibadat Qurban.

Rabu, 15 Ogos 2018

KUMPULAN DIKIR REBANA TITIAN BINTANGOR BERAKSI DI SEMERBOK.


Aziz Ujang berkongsi kenangan.(15/08/2017)
Kesenian Dikir Gobano Rembau Daerah Beradat satu demi satu kumpulan lenyap kerana keaadaan hidup yang mendesak sekarang ramai ahli yang mencari pekerjaan di luar untuk menyara hidup.
Satu demi satu kumpulan dikir kehilangan ahli dan tak dapat berfungsi lagi. Kira tidak ada usaha dibuat oleh kerajaan kesenian warisan Rembau ini akan hilang tak lama lagi.



KULIAH MAGHRIB



Isnin, 13 Ogos 2018

MANJAT GUNUNG DATUK.


DUAN WAHAB- Ahad 12/08/2018. 
Aktiviti ari minggu.. kasi keluar peloh .. pendakian kali ke tujuh untuk tahun 


Pada hari minggu kelihatan begitu ramai pengunjung
 untuk mendaki Gunung Datuk.


Dipuncak Gunung Datuk.


Duan dan Rakannya.





 Pemandangan di sekitar Rembau.






MANJAT GUNUNG MENUANG - JANDA BAIK, (ZAHARI MOHD REBO).


Zahari Mohd Reba. (AHAD - 12/8/2018)
Menuang via Janda Baik.Perghhh,semalam berdesup....










Zahari Mohd Rebo - SEMERBOK.


Isnin, 6 Ogos 2018