Rabu, 28 Ogos 2013

WARGA MOBOK MENDAKI PUNCAK RANTE MARIO SULAWESI SELATAN.



 Encik Aziz Ujang di bahagian atas tengah 
di Puncak Rante Mario.

Warga Kampong Semerbok ini iaitu Encik Aziz Ujang telah menyertai Xpdc mendaki Rante Mario Tana Toraja di Sulawesi Selatan Indonesia. Melalui Persatuan Mendaki Selangor beliau telah berada disana dari 29/5/2013 hingga 5/6/2013 yang lalu.

Saya sebagai warga Semerbok merasa bangga kerana Encik Aziz telah mengharumkan nama warga Mobok dengan menyertai xpdc ke Tana Toraja serta telah berada disana dan dipuncaknya, syabas diucapkan.Ini juga sebagai galakan aktiviti mendaki puncak gunung oleh warga muda dengan melihat kemampuan dan kekuatan semangat encik Aziz mendaki puncak berkenaan.



Encik Aziz Ujang.

Indak laie manangguk udang,
ta tatangguk jo baluluk;
usah dipinto candi rang,
basuo Jo nan buruk buruk.

Penulis juga tertarik dengan pantun Encik Aziz ni, foto yang ini bukan di Tana Toraja tapi dibumi Malaysia atau pun mungkin di Astana Rajo...........



Dusun Karangan.

Menurut encik Aziz, Dusun Karangan adalah tempat penginapan rombongan xpdc bersama saudara Lilo Mpd.Tempat mula mereka trekking naik ke Rante Mario.



Masjid Nurul Yakin
Rante Lemo Kabupaten Enrekang.



Kopi Arabica.



Baginilah rupanya Kopi Arabica dari dekat.



Kub Waylolong.


Selain dari Rente Mario di Sulawesi encik Aziz juga telah menerokai dan sampai di kilometer nol di Pulau Sabang Acheh. Sudah naik puncak Gunung Kerinci 1993, Gunung Singgalang , Merapi dan Talang di Sumatera Barat. Gunung Daik di Pulau Lingga Kepri 1999 & 2012. Gunung Agong, Pulau Bali 2011. Warga Mobok ini begitu pantas mendaki sang gunung ganang disana, syabas sekali lagi Abang Aziz Ujang. Den ni ha gunung Datuk pun tak lophaih laei……….


Isnin, 26 Ogos 2013

RUMAH TERBUKA ENCIK DWAN WAHAB DI SEMERBOK 25/8/2013.




Encik Dwan Wahab - Bilal Masjid Semerbok.

Jemput semua warga Semerbok ke rumah Terbuka - Raya Aidilfitri 1434/2013 yang diadakan pada 25/08/2013 bersamaan hari Ahad, menu utama daging Rusa sambil senyum pada den semasa di Masjid Mobok. Begitulah lebih kurang jemputan yang disuarakan oleh saudara Dwan ni. Memang ramai warga Mobok, Padang, Sungai Serai dan kampong yang berhampiran dengannya serta saudara mara beliau dijemput serta menghadirinya. Yang den tau turut dijemput juga Mat-Mat Bike dari Rawang dan satu kumpulan lagi den lupo lak (banyak makan daging rusa).



Jalan masuk ke banglo ni.



Khemah juga didirikan persekitaran didepan rumah.



Semua tompat penuh termasuk ruang rehat ni.



Ruang yang menarik.



Motor bosar memenuhi jalan masuk.



anak buah den sonyom kekenyangan......daging ruso.



Warga semerbok memenuhi ruang khemah.



Ramai tetamu hadir.



Rombongan bermotor besar memenuhi ruang ini.



Alang Keria den sedang menyuap nasi lauk ruso...
Yang Pak Cik tu tonung apo agak aei...............



Kak Lang memilih nasi impit dan laksa.



Ontah apo abang zaman den mintak apo.....
Kelihatan berbaju merah dibelakang Ketua Kampong Mobok.



Rombongan motor bosar dari Rawang.



Saudara Dwan sedang melapah Rusa.
(Foto yang ini sumbangan dari Abang Aziz Ujang)



Ruso di ladang saudara Dwan - sebelah rumah beliau je.



Agak luas juga tempat Ladang Rusanya.



Ladang Rusa yang baru diusahakan oleh Saudara Dwan.

Kami warga Mobok mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Dwan kerana sudi menjemput semua warga Semerbok dan persekitarannya bagi menghadiri Rumah Terbuka sempena Aidilfitri 1434/2013 yang diadakan diBanglo beliau di Semerbok. Semoga projek memelihara rusa di ladang yang diusahakan saudara Dwan berjaya menghasilkan ternakan yang biak dan berpotensi di komesialkan didaerah Rembau dan luar kawasan ini.

KAK LONG DALAM KENANGAN (FATIMAH BT MD SHARIF)


Inalillah hiwainailaihirajiun.........


Pada 24/8/2013 Sabtu kira-kira 6.35petang di Hospital Kuala Lumpur kak Long telah menghembuskan nafas yang terakhir dan Jenazah beliau telah dibawa kembali ke Kampong iaitu di Rumah Rakyat Astana Raja, Kota. Pada jam 10.00 malam jenazah telah sampai dari KL yang diiringi oleh anak-anak serta adik-adik beliau. Semua sanak saudara telah hadir untuk memberi penghormatan terakhir, jenazah selamat dikebumikan pada 11.45 pagi pada 25/8/2013.





Encik Sharif (bapa kak Long)



Encik Yahya bin Baba (Rebo- Redza) 
suami Kak Long.



Sanak saudara dari melaka - Encik Zainal - bersongkok..

Rombongan dari Masjid Semerbok sedang menunggu untuk menyempunakan sembahyang jenazah, kelihatan juga adik Kak Long Encik Mad Zin (Imam 3 Masjid Semerbok) tiga dari kanan sekali berketayap putih.



Jenazah telah sampai ke tanah perkuburan bagi disempurnakan.



Semua sanak saudara turut menyempurnakan pengkebumian.



Akhir sekali Imam Masjid Astana Raja menyempurnakan bacaan Talqin.


Kami sekeluarga dengan rasa hiba dan sedih atas pemergian kak Long namun menerima ketentuan Ilahi ini dengan penuh keimanan dan kesedaran bahawa yang hidup pasti mati. semoga roh kak long ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...amin.

Jumaat, 23 Ogos 2013

RAYA 1434/2013 DI SEMERBOK.





Jemaah sedang solat sunat serta bertakbir melaongkan kebesaran Allah sementara menunggu sembahyang Sunat Idulfitri yang ditetapkan pada pukul 9.00pagi.


Pada tahun ini raya Idul Fitri meriah diraikan oleh penduduk kampong Semerbok dengan kembalinya perantau perantau di perentauan.


Foto ini dirakam pada 8.15pagi 1syawal 1434/2013.



Orang ramai mula memenuhi 
masjid pada pukul 8.30pagi.


Deratan kenderaan hingga ke Dewan 
Lama Semerbok dan Klinik Desa.



Dan ke hilirnya pula hingga 
ke simpang Lubuk Semerbok.


Depan rumah omak den pun ramai jugak.


Jemaah keluar dari Masjid setelah 
selesai menunaikan Solat sunat IdulFitri.


Kelihatan jemaah keluar dari masjid.



Sebelah tepi masjid pun ramai yang parking.

Den tak berkesempatan untuk merakamkan foto-foto ketika Khutbah dan selepas selesai sembahyang iaitu semua jemaah bersalaman serta bermaaf-maafan. Kemudian dengan diketui oleh Imam Tn Hj Yahya, majlis tahlil dan doa diadakan didalam masjid. Selepas itu diruang solat/dewan wanita disediakan jamuan oleh para jemaah yang dibawa kemasjid dengan cara tradisi ini saban tahun. Jemaah muslimin membawa juadah iaitu aneka juadah termasuk la kuih raya, lemang rendang,tapai dan lain-lainnya. Ianya merupakan tradisi masjid dan jemaah bagi menjamu para hadirin berhari raya.

Sebelum itu,disebelah malam raya, setelah selesai solat Isyak dan takbir raya, jemaah berkumpul untuk bertakbir dari rumah kerumah dan pada tahun ini dimulai dari rumah Tn Hj Yahya (Imam) kehilir dan akan berakhir di Hulu Semerbok termasuk rumah Ketua Kampong.

Secara tradisinya juga masjid ini semenjak zaman Tuan Haji Mad Said, bila dihari raya selepas selesai solat sunat dan khutbah, maka ada diantara penghuni desa Mobok (yang bermasalah dengan ibu atau ayah) ini meraung mohon ampun dan maaf kepada orang tua mereka ditengah riuh rendah jemaah bersalaman atau semasa majlis tahlil dimulai. Tapi semenjak 5 dan 6 tahun kebelakangan ini sudah tidak lagi kedengaran peristiwa seumpama itu, mungkin kita semua telah sempurna ditarbiahkan oleh para Ustaz dan Ulama yang didatangkan oleh Ajk Masjid Mobok ini dengan pembaharuan pengurusan yang dilaksanakan.

Selamat Hari Raya Idulfitri maaf zahir batin dari den anak jati Mobok.

KAK LONG DIMASUKAN KE HOSPITAL.



Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Kak Long atau nama sebenarnya Fatimah bt Sharif adalah isteri kepada Along Udin (Yahya bin Redza) abang den yang tuo, beliau berasal dari Kampong Sungai Serai. Sebelum ini sering menerima rawatan Hospital Seremban dan sebelum puasa tempohari menerima rawatan di Hospital Melaka setelah Hospital Seremban penuh dengan pesakit. Kini menerima rawatan di hospital Seremban. Penyakit yang dihidapinya adalah Cancer (barah) , walaupun penyakit ini telah sembuh 5 dan 6 tahun lepas tapi virusnya tetap kembali menyerang. Berbagai ikhtiar dilakukan untuk mengubati penyakit ini dan pada 22/08/2013 beliau dipindahkan ke hospital KL untuk menerima rawatan selanjutnya.


Kak Long masa di Hospital Seremban.



Masa di Seremban diwad 6A.


Hospital Kuala Lumpur.



Siti sedang menyuapkan 
buah lai ke ibu mertuanya.

Di Hospital KL beliau ditempatkan di Wad 6A tingkat 2 katil no.12 di Institiut Saraf (bersebelahan wad bersalin). Setakat ini anaknya Leftenan Muhamamad Fauzaini cuba menempatkan Kak Long di Wad First Class tapi nampaknya wad berkenaan penuh, mungkin hari ini wad tersebut terdapat kekosongan bagi memindah masuk beliau ke bilik first class.


Yahya (Along) berada disisi 
isterinya siang dan malam.

Kami sekeluarga serta Omak (Wan Sabiah) mendoakan Kak Long cepat sembuh supaya segera menjalani kehidupan harian seperti biasa serta berharap bersabar menerima dugaan dari Allah.