Sabtu, 22 Mei 2021

PELITO MALAM RAYO - KG MOBOK

 

Mohon maaf dari kami blog Semerbok Nan Tuo kerana terlewat mengeluarkan video dan ucapan dari Tok Ompat ni kerana terdapat masalah video dan kelengkapan yang terhad bagi urusan berkenaan. Sekali lagi mohon maaf dari kami, walaubagaimana pun kita masih lagi dalam suasana Syawal yang berbahagia ini dan masih tidak terlalu lewat lagi bagi ucapan dan video yang dirakamkan oleh beliau untuk paparan semua. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.





VIDEO SUMBANGAN DAN RAKAMAN OLEH SAUDARA RIVUAN WAHAB

Jumaat, 14 Mei 2021

SAWAH SEMERBOK KITA KEMBALI TERBIAR.

Arus pemodenan negara keseluruhannya telah bermulanya diawal tahun 70an dulu dengan ramainya anak-anak muda merantau mencari pekerjaan dibandar-bandar besar khususnya Kuala Lumpur dan ke Singapura serta ramai juga ke Tanah Rancangan. Maka tanah sawah dan getah telah diisi oleh buruh asing yang kita gajikan atau pajakan. Penghijrahan ini melopongkan industri tani dan kesan ketara dikampung kita setelah berlalunya puluhan tahun. Kini tanah tanah sawah (tanah adat) telah dipajak oleh syarikat-syarikat dari luar, walaupun mereka tahu sawah-sawah kita kekurangan air.

Berbagai cara pihak pemaju untuk menstabilkan penanaman padi dikampung Semerbok ini namun semenjak kebelakangan ini kemajuannya agak merosot dan telah gagal. Lihatlah dari foto foto yang diambil pada November 2020, Februari 2021 dan April 2021.




                                     Foto ini sehari selepas taburan ank benih padi.(Nov 2020)
                                     Benih ditabur telah dihanyutkan air hujan.




                              Awal Februari 2021 (nampak macam padi tapi rumput dan rumpai)







                                                 Yang ini awal April 2021, dah kering kontang.
                                                 Foto diambil didepan kedai En.Zamros Kidam.


                                     

                                        Sawah didepan Masjid Semerbok - dah penuh semak.


Blog Semerbok Nan Tuo berharap sawah sawah kita di Kampung Semerbok kembali diusahakan dengan pemandangan kehijauan rumpun padi serta kekuningan menunduknya tangkai padi yang subur . Semoga tanah tanah sawah kita tidak terbiar dan diusahakan kembali.

KUMPULAN REBANA SEMERBOK NAN TUO - MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

 



Sabtu, 8 Mei 2021

PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDIL FITRI KEPADA ASNAF/MUALAF & PELAJAR DI KARIAH KG SEMERBOK.

Syukur alhamdulillah majlis penyampaian (sumbangan) dan penyerahan barang barangan keperluan asas kepada asnaf Kampung Semerbok telah disempurnakan oleh Tok Ketua Kampung, Pengerusi Masjid serta Ahli Jawatankuasa-jawatankuasa yang lainnya.  Semoga persedian menyambut Syawal pada tahun ini lebih meriah bagi golongan asnaf ini dengan kehadiran sumbangan yang lebih bermakna walaupun kita masih dibelenggu dengan Pendamik Covid 19. Terima kasih kepada penyumbang penyumbang yang sudi menyumbang ke asnaf kampung Semerbok, hanya Allah sahaja membalas budi baik tuan-tuan semua. 

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan pada hari Ahad 20 Ramadhan 1442H bersamaan 2 Mei 2021.























Tok Ketua terpaksa mengambil semua barangan di Kuala Lumpur kerana pihak penyumbang tidak dapat merentas negeri lantaran PKP. 

Selamat hari Raya AidilFitri dari kami.