Rabu, 31 Oktober 2012

RAYA QURBAN 1433H



Inilah barisan lomang omak den.

Hari membantai jatuh pada 25hb.Oktober 2012, den terpaksa lah balik sebelah malam 24 untuk persediaan memasak lomang dan daging membantu omak den. Nak guno santan yang dah siap...tak sodap..nak guno nyior parut juga omak den ni ha....ikutkan je lah, tapi naik koras jari jemari den memarut nyior. Dah tu kena lah ramas pulak..tengoklah sebahagian dalam besin tu......


Apinyo bosar bonar ha....
30 ke 35batang lomang yang nak dibakar.



Daging nak disiang limo kilo.
(ngalahkan rimau ha)


Ni tak termasuk tulang lai........


Nyior parut....ado 20buah gak nyo.



"Chirah" kucing jantan kesayangan wan 
dengan gaya tersendiri.

Raya Qurban tahun ni agak ramai yang balik, sembahyang rayo ponuh Masjid Mobok dan empat ekor lembu diQurbankan. Romah omak den ni biaso jo..den adik den ngan abang zaman yang balik. Yang lain-lain tu datang kojap jo...kang lopas makan balik la....bukan main riang hati omak den.........

Bilo maso nak balik ke KL..oooomak jemnya dari simpang empat sampai senawang keto ponoh atas jalan rayo. Den tak koso balik eh, pagi senin baru balik.

Isnin, 29 Oktober 2012

IBADAH QURBAN.




Masjid - Semerbok.

Tahun ini sebanyak 4 ekor lembu di korbankan di kariah Masjid Semerbok, agak sedikit berbanding ditahun lepas. Syukur alhamdulillah ibadah qurban telah dilaksanakan selepas sembahyang jumaat kira-kira 3 petang. Den tak sempat mengambil gambar-gambar ibadah qurban ni, hanya gambar lembunya saja yang sempat terakam.




Lembu Korban.





Isnin, 22 Oktober 2012

JALAN JALAN KE MYDIN MELAKO





Kat Mydin la ni.....

Cantik bangunan ni...



Bosar Mydin Melako ni......



Den ngan kaka ipar den....Fawaidah..



Makanan bebudak sekarang....



Sesekali ke Melaka ni seronok juga tapi kalau dalam bandarnya jem juga.....kekadang kat air keroh tu dah jem dah. Kat KL ni udah biasa dah dengan jem tapi kalau balik kampong pun jem bosan juga...apo nak dikato........

Ahad, 21 Oktober 2012

MELAWAT ABANG NGAH KAT HOSPITAL AMPANG.



Den, menziarah anak saudara Wad 5B
di Hospital Ampang Kuala Lumpur.


Menggigil pala lutut bila ateh talipon anaknya masuk hospital kerana kemalangan, anak saudara den ni tengah Job Training di  KL selama 6 bulan dan dilanggar oleh kereta dari belakang tengah menunggang motorsikal, setelah dihantar kat hospital yang melanggarnya pun menghilangkan diri. Apalah manusia ni yang melanggarnya,rasa bertanggungjawab kerana pelanggaran ini langsung la tidak diendahkan. Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kecederaan yang serius kerana lutut serta hatinya cedera mengalami pendarahan dalaman. Nasihat doktor selama dua bulan abang ngah kena berehat untuk menyembuhkan kembali luka dan keceraan akibat kemalangan ini.Ada juga barang-barang kepunyaannya yang hilang iaitu jam tangan, sewaktu kemalangan ia terus tak sedar, nasib la dompet dan hand phone berada didalam box motor.



Mohd Rasyidi adalah anak nombor dua Ateh Jo (Johari) ngan Kak Mazni (Astana Rajo) dan terpaksa la dia berulang alik dari Port Dikson ke Ampang untuk menziarahi anaknya, kesian abang ngah yang belajar di Universiti TNB Pahang. Dia ditahun akhir untuk ambil Ijazah di Bahagian Akaun. Bersabarlah angah menghadapi dugaan Allah dan disebalik kejadian ini mungkin tersembunyi rahmat Allah yang kita tak ketahui.



Walau pun sakit angah tetap tersenyum.


Nombor katil dan nama angah.


Kalau semua rawatannya berjalan lancar diHospital Ampang ni, mungkin esok boleh la keluar hospital dan Mak Teh doakan semoga abang Ngah segera sembuh dan kembali menjalani praktikal dengan Hartamas di Ampang.

Isnin, 8 Oktober 2012

TUNTUTAN ILMU DIRANTAU ORANG.




Lapangan Terbang KLIA - Muhd Muizzuddin bertolak ke Mesir.
pada 2hb.oktober 2012.
(Dikiri sekali Puan Fawaidah dan Kanan sekali en.Kamarulzaman)



Muhammad Amin Azizi - Kiri.
(insyaalah akan bertolak ke Solo awal tahun 2013)

Kedua-dua anak saudara den Muhammad Muizzuddin dan Muhammad Amin Azizi akan menyambung pelajaran mereka di Mesir dan di Indonesia. Semoga mereka berjaya dalam bidang agama untuk menjadi pelapis jenerasi muda bagi berdakwah kejalan Allah. Bagi Along berusaha bersungguh sungguh dimesir dan untuk Amin berusaha dengan gigih di Solo Indonesia bagi meniti jalan ke Negara Yaman menyambung pelajaran disana. Tiada lain kegembiraan dihati ibu bapa selain melihat kejayaan anak-anak menimba ilmu agama bagi bekalan dunia dan akhirat. Alangkah gembiranya arwah atok jika ia masih ada setelah melihat cucu-cucunya berjaya dalam menuntut ilmu agama. Alhamdulillah tercapai hajat dan keinginannya arwah atuk melihat cucu-cucu berjaya menyambung ilmu agama hingga ke Mesir .Kejayaan ini juga diiringi dengan doa dari Wan di Semerbok, rajin-rajin belajar..........."wan bangga dengan cucu wan ".

PEMANDANGAN INDAH DIDEPAN RUMAH DEN.



 
Jalan raya yang baru lepas diturap dan terdapat
bom-bom jerangkap samar (tahi lembu).



Pemandangan lembu disudut bondang kampong Mobok.



Masa foto ni diambil tengah jerubu, burung bangau tu pun naik poning.



Aha...bangau lagi......

Bondang ni baru lepas menuai...dan dah bertukar taukeh pulak...
tu yang terbiar sekejap tu, tak lama lagi berbendanglah balik....



Nanti den ambil gambar padi tengah menguning......dan mesin menuai padi, dah tak ada dah pakai menuai cara lama semua pakai mesin. Projek tanaman padi yang diusahakan oleh ketua kampong Mobok bagi tanah-tanah terbiar, dari dibiarkan jadi hutan baik ditanam padi. Kampong pun bersih dan orang kampong pun dapat hasilnya.

Ahad, 7 Oktober 2012

RUMAH OMAK DEN.




RUMAH OMAK - Kat Semebok.

Disini lah tempat den membosar, pi sekolah kat legong dengan Uji pakai basikal pagi-pagi laei. Uji dah jadi cikgu di Sungai Bosar Selangor dan dah kawin ngan orang sanun, kini tinggal kenangan jo. Semua kawan-kawan den dah merantau kat Kolumpo dan merato-rato, dah sunyi kampong tiada laei riuh rendah seperti dulu, tapi den selalu balik menjongah omak den.


 Ini gambar abah den - Rebo (Redza) dalam kenangan.



Ni, bawak omak den ke Zoo Taiping


Nama kampong den Kampong Semerbok (bukan semabok, itu kat Melako) ini kat Koto Negeri nan 9. Sekarang den duduk Kolumpo,maklum la mencari rezeki. Den pun tak tau sangat asal usul kampong Mobok ni, kenapa dipanggil Semerbok...ado ko burung mobok banyak ngat kat sini. Nanti lah den cari apo sobabnyo yo'.........