Isnin, 31 Ogos 2015

DIKIR REBANA MENGIRING PENGANTIN DI TAMAN SRI PULAI 2 SEREMBAN.




Pada tarikh 30 Ogos 2015 Ahad, Kampulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo mengarak kedua mempelai  di Taman Sri Pulai 2 Seremban. Sungguh meriah dan bagai pinang dibelah dua kedua-dua pengantin diarak sebagai Raja sehari dengan iringan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo. Semoga kekal hingga ke anak cucu, selamat pengantin baru dari kami Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.

Panjang umur murah rezeki kita persembahkan Dikir lagi.









Kedua-dua warikh ni orang kampong den dan juga turut serta meraikan pengantin.






Disebelah malam juga Kumpulan Dikir Semerbok Nan Tuo berdikir rampai mendendangkan lagu lamo dan baru dimajlis berinai rumah pengantin.





Isnin, 24 Ogos 2015

KULIAH ILMU TAUHID DISURAU KUALA MERBOK BERSAMA AL-FADHIL USTAZ ISHAK.


Majlis ilmu (pengajian ilmu tauhid) telah diadakan pada Isnin 24hbOgos 2015 bersamaan 9Zulkaedah 1436 selepas Solat Maghrib bersama Al-Fadhil Ustaz Ishak di Surau Kuala Merbok, Semerbok. Alhamdulillah, walau pun hujan lebat namun kehadiran jemaah tetap boleh dibanggakan kerana bukan mudah untuk menghadiri majlis ilmu apa lagi dikala hujan mencurah-curah dengan begitu lebat.







Rabu, 19 Ogos 2015

DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO - SESI LATIHAN.


دكير ربنا سمربوك نن تواو


Bertempat disalah sebuah rumah peserta atau ahli Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo telah diadakan sesi latihan serta sesi pendedahan awal kepada lapisan anak-anak remaja untuk meminati permainan dikir rebana yang amat popular suatu ketika dulu di Semerbok dan kini kembali dihidupkan dengan daya usaha yang dipolopuri oleh generasi orang lama iaitu encik Aziz Ujang bersama rakan-rakan yang meminati permainan dikir rebana ini.  Kehadiran kanak-kanak yang turut meminati dikir rebana ini sebagai petanda akan wujudnya nanti generasi pelapis bagi menyambung permainan tradisi masyarakat melayu terutamanya bagi Kampung Semerbok.








Atas usaha yang dijalankan oleh penduduk Semerbok ini permainan Dikir Rebana kembali memeriahkan kampong halaman den yang seketika dulu bergema dengan bunyi tetawak dan rebananya. 
Patah tumbuh hilang nan berganti, 
Dikir Rebana kembali menanti, 
Sila lah tuan tempah permainani tradisi,
Bagi menghiasi majlis rasmi 
Berhubung terus dengan encik Aziz kami
Untuk berdendang majlis dirai.

MAJLIS ILMU BERSAMA AL-FADHIL USTAZ HJ AHMAD SAID.




Surau Kuala Merbok
17/08/2015
Waktu 7.24 - 9.30 malam
Majlis Takmir bersama Ustaz Tuan Haji Ahmad Said Tampin.










Jumaat, 14 Ogos 2015

BERAYA DI RUMAH AL- FADHIL USTAZ TUAN HAJI AHMAD SAID DI TAMAN GUNUNG MAS, TAMPIN.


Al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Ahmad Said.

Pada tarikh 13/08/2015 bersamaan 29 Syawal 1436 jam 9.00 malam bertempat di Taman Gunung Mas Tampin rombongan berkumpulan kami meneruskan misi beraya di rumah terbuka Tuan Guru kami iaitu Al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Ahmad Said Tampin.Begitu meriah sekali kami disambut sebagai tetamu dan anak muridnya, ribuan terima kasih kepada Tuan Guru kami dan foto-foto dibawah memperlihatkan kegembiraan diwajah-wajah rombongan kami atas kesudian Tuan Guru menyambut kedatangan kami.










Rombongan kami terdiri dari Anak-anak kariah Masjid Semerbok dan Surau Kuala Merbok dan foto serta berita aktivi kariah adalah sumbangan dari saudara Aziz Ujang - Kampung Semerbok Nan Tuo.

Selasa, 11 Ogos 2015

BERAYA DI RUMAH SAUDARA KHALID WAHAB DI JALAN CEMPAKA BIRU (TOMABOK)



Saudara Khalid Wahab.

Pada 11/08/2015 hari Selasa bersamaan dengan 27 Syawal 1436H, tepat jam 9.15 malam program berhari raya secara berkumpulan diteruskan lagi malam ini. Pada Malam ini kami berkunjung di rumah Saudara Khalid Wahab di Jalan Cempaka Biru ( Tomabok ) Semoga program ini akan mengeratkan lagi salitulrahim penduduk Kampong Semerbok.














Program beraya secara berkumpulan ini turut dihadiri oleh encik Aziz Ujang dan berita serta foto adalah sumbangan dari beliau.