Jumaat, 21 April 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI - BLOG SEMERBOK NAN TUO.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444HIJRAH/2023MASIHI.

 



MAJLIS IFTAR & SUMBANGAN ASNAF - MASJID KARIAH SEMERBOK.

 

Pada 27Ramadhan 1444 bersamaan Isnin 17April 2023 telah berlangsungnya majlis Iftar bagi kariah Masjid Semerbok, seramai 20 asnaf telah menerima sumbangan bakul Raya dari Masjid Semerbok. Kami memohon maaf atas masalah teknikal semua foto-foto dan video semasa majlis berlangsung tidak dapat disiarkan. Walaubagaimana pun majlis berjalan lancar serta seramai 20 orang asnaf telah menerima sumbangan berkenaan dan kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.






MAJLIS BERBUKA PUASA & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF - SURAU KUALA MERBOK

 

Pada 25 Ramadhan 1444 bersamaan 16hb.April 2023 Ahad telah berlansungnya Majlis berbuka Puasa dan penyampaian Sumbangan para asnaf di Kampung Kuala Merbok. Syukur, Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah dengan senyuman para asnaf dimajlis berbuka puasa dengan barangan sumbangan yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Said. Terima kasih kepada semua jemaah dan para tetamu yang mengimarahkan Surau Kuala Merbok pada Ramadhan ini.









Suasana majlis berbuka puasa di Surau Kuala Merbok 
bersama Ustaz Ahmad Said -Tampin.


Majlis Penyampaian Sumbangan Asnaf.






Majlis tazkirah selepas Magrib.


Penerimaan barangan Sumbangan oleh Pengerusi Surau - Rosli Yasin





Ahad, 2 April 2023

MAJLIS SUMBANGAN BAKUL ASNAF OLEH PENGERUSI SURAU KUALA MERBOK.

 

Pada 1hb.April 2023 selepas solat sunat Terawih, telah berlangsungnya penyampaian sumbangan asnaf di kariah Surau Kuala Merbok. Penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Surau Kuala Merbok iaitu saudara Rosli Yasin, seramai 10 orang asnaf yang terpilih bagi menerima barangan makanan sempena bulan Ramadhan kali ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir serta kepada penyumbang yang sudi menghulurkan bakul makanan sempena Ramadhan 1444/2023 ini.   











Selamat menjalani ibadah berpuasa dari kami blog Semerbok Nan Tuo.