Jumaat, 26 Disember 2014

SURAU KAMPONG KUALA MOBOK, SEMERBOK KOTA NEGERI NAN SEMBILAN.



Pada 25/12/2014 telah tercatatnya tarikh untuk meroboh surau yang berusia kira-kira 70 tahun ini, bagi memberi laluan membina surau yang baru ditapak yang sama. Gotong royong bersama penduduk telah memudahkan kerja-kerja semua Ahlijawatkuasa surau bagi menyediakan tapak untuk kontraktor yang dilantik memulakan kerja-kerja pembinaan. Syabas dan tahniah kepada semua penduduk kariah Surau ini yang telah mendapat sumbangan dari hamba Allah yang berhati murni bagi membina surau baru. Semoga surau Kuala Mobok ini sempat disiapkan sebelum Ramadhan 1436H yang mendatang.








Binalah saham akhirat kita dengan menyumbang pembinaan surau ini.Sumbangan dari tuan-puan masih terbuka untuk para dermawan menyumbang kewangan atau dalam bentuk apa yang diperlukan oleh sebuah surau. Silalah berhubung dengan Pengerusi Surau atau bendahari.Segala sumbangan bolehlah berurusan dengan Pengerusi encik Rosli yasin ditalian 013-2101797 dan nombor talipon bendahari surau encik Hashim 0123731485. E-mail blog Kg Semerbok Ku Nan Tuo, utzctros@gmail.com.

Selasa, 2 Disember 2014

MAJLIS ILMU DI SURAU KUALA MOBOK - 1/12/2014 ISNIN.


01/12/2014
( Isnin mlm Selasa )
Surau Kuala Merbok
Majlis Ilmu Bersama Ustaz Ahmad Said - Tampin.

Semua maklumat adalah hasil usaha Encik Aziz Ujang dan Encik Rosli Yasin - Surau Kuala Merbok.

  
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Said - Tampin.




















Terima kasih kepada semua Ajk Surau Kuala Mobok kerana sama-sama berusaha mengimarahkan surau serta berusaha dengan begitu gigih bagi mengimpikan terbinanya surau baru yang akan terlaksana tidak lama lagi. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat, terutama kepada para penyumbang, penderma (termasuklah wakaf tanah tapak surau serta wakaf berupa wang ringgit) semoga semua beroleh keberkatan dan pahala dari Nya jua.....amin.