Selasa, 16 Julai 2019

GOBANO SEMERBOK NAN TUO.


KUMPULAN DIKIR REBANA
SEMERBOK NAN TUO



Jadual Julai hingga Disember 2019.



Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan kami bagi mendendang Gobano dimajlis-majlis keraian dan majlis perkahwinan, jadual yang masih kosong boleh la tuan-puan pilih untuk menempah melalui encik Aziz Ujang. (up-date 16/7/2019).

Isnin, 1 Julai 2019

SEKITAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MASJID SEMERBOK.(30/06/2019 - AHAD)



Majlis Jamuan dimulai dengan doa oleh imam 1 Masjid Semerbok


Ucapan Pengerusi Sambutan Majlis merangkap Ketua Kampung
Encik Rivuan bin Abd Wahab.

Alhamdulillah ramai penduduk kariah Masjid Semerbok hadir bagi meraikan majlis jamuan hari raya yang diadakan pada hari ini, selamat datang kepada Penyelaras Dun, Ustaz Ahmad dan Ketua Kampung Penajis serta Tuan Puan anak-anak kariah Semerbok. Alhamdulillah sekali lagi serta tahniah kepada Ajk-ajk sambutan kerana berjaya menganjurkan majlis-majlis yang didahuli dengan "Jom Cuci Masjid"pada awal tahun ini, Program Ehya Ramadhan untuk para Asnaf pada 27Ramadhan, gotong royong membersih kubur yang dibawah kariah Masjid Semerbok, projek memasang pelita disepanjang jalan Kampung Semerbok sempena Syawal serta takbir dari rumah kerumah dimalam raya. Semoga dengan bantuan tuan penyelaras Dun dengan memberi sumbangan akan menyemarakkan lagi aktiviti yang akan dijalankan nanti disepanjang tahun 2019. Tok ketua mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin.


Ucapan dari Penyelaras DUN.

Secara am nya ucapan Penyelaras Dun ini adalah berterima kasih menjemput beliau ke majlis berkenaan dan semua yang dimohon oleh Tok Ketua akan diproses dengan seadilnya dan akan terus dipantau oleh Penyelaras DUN.Beliau juga memaklumkan pekembangan semasa serta perlaksaan aktiviti dibawah DUN.


Turut hadir Ustaz Tuan Haji Ahmad Said serta Ketua Kampung Penajis.


Seterusnya jamuan pun bermula.
















Terima kasih pada semua para penyumbang, baik makanan atau peralatan mahu pun kewangan bagi menjayakan majlis jamuan raya yang diadakan diperkarangan Masjid Kampung Semerbok ini.