Rabu, 31 Ogos 2016

TERPAKSA SEDUT DEBU.



Keratan Akhbar Sinar Harian bertarikh 31/8/2016

KOTA – Penduduk terutamanya Sembilan kediaman di Kamung Semerbok, disini berasa kesal dan kecewa apabila masalah debu dan habuk dari kerja-kerja pembangunan tebang semula pokok berpanjangan selama hampir tiga bulan.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati debu habuk berterbangan selain tompokan lumpur yang sudah mengering serta tebal dibahu jalan.

Menurut perniga En Zamrus Kidam 55, masalah debu serta habuk berlarutan sebelum Ramadan lalu iaitu sekitar Mei dan sehingga kini masalah berkenaan masih belum diatasi.

“Saya sebagai perniaga pun kesian dengan pelanggan yang tak selesa bila datang minum dikedai ini.Nak buat macam mana,kalua musim panas, habuk serta debu berterbangan masuk kedalam air dan makanan”.

“Jadi, saya harap sangat pihak bertanggungjawab dapat ambil langkah siram air dikawasan ini sepanjang kerja-kerja membawa keluar kayu yang ditebang dibuat” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui disini, kelmarin.

Bagi bekas Pengerusi JKKK, Mohd Shah Joned, 75 susulan masalah habuk dan debu itu dia terpaksa menutup kesemua tingkap dan pintu rumahnya kerana lokasi jalan keluar masuk lori berkenaan kurang lima meter dari rumahnya.
“Selalunya pagi-pagi saya buka tingkap bagi angin keluar masuk tapi sekarang tak lagi,tak tahan habuk. Saya serahkan pada anak saya untuk bawa masalah ini pada JKKK sebab saya dah berusia,dah tak larat”katanya.

Menurut Hamidun Shaari 47, selain masalah habuk dan debu serta selut yang terlalu banyak dijalan kampong berkenaan, dia berharap agar kerja-kerja penebangan berkenaan serta membawa keluar kayu dapat dipantau dari semasa kesemasa. “Pantau dari segi muatan sama ada mengikut had ditetapkan atau tidak.Malah saya harap mereka juga dapat mematuhi had laju bagi tujuan keselamatan” katanya.

Sementara itu,Pengerusi JKKK Kampung Semerbok, Ramli Lamin berkata,pihaknya ada menerima aduan penduduk sebelum ini dan berharap agar penduduk bersabar sementara menunggu kerja-kerja berkenaan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya,sebagai tindakan awal,JKKK sudah berbincang dengan pihak kontraktor dan juga Tanam Semula Berkelompok (TSB) bagi langkah penyelesaian.

Bagaimana pun, ini merupakan projek pembangunan dan peserta terbabit dalam projek ini sekitar 60 penduduk dimana 70 peratusnya adalah penduduk kampong ini.Jadi kita harap agar semua penduduk bersabar”katanya.

Khamis, 25 Ogos 2016

DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO - JADUAL PESEMBAHAN.


Dikir Rebana mengalunkan dendangannya lagi dimerata tempat dan bagi mereka yang berada didaerah Rembau serta berminat untuk melihat pesembahan kami, silalah lihat jadual yang di tulis oleh Ocu Aziz.


Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.

TEMPAHAN BERDIKIR REBANA DITERIMA BAGI BULAN SEPTEMBER - OKTOBER 2016
SEPTEMBER 2016.

SEPTEMBER 2016.

10/09 Mesjid Tanah
12.30 t/hari
mengarak pengantin dan
terinai

17/09 Dewan Rembau
12.30 t/hari
mengarak pengantin dan
terinai

24/09 Kota
8.45 malam
mengarak pengantin dan
terinai

OKTOBER 2016

02/10 Seremban
12.30 t/hari
mengarak pengantin dan
terinai

08/10 Putrajaya
8.45 - 12.00 malam
mengarak pengantin,
terinai
berdikir rampai (duduk )

09/10 Putrajaya
12.30 t/hari
mengarak pengantin dan
terinai

15/10 Sri Kendong
12.30 t/hari
mengarak pengantin dan
terinai

22/10 Sungai Siput, Alor Gajah
8.45 malam
mengarak pengantin dan
terinai

23/10 Sungai Siput, Alor Gajah
12.30 t/hari
mengarak pengantin dan
terinai

28/10 Melekek, Alor Gajah
8.45 - 12.00 malam
mengarak pengantin, dan
berdikir rampai

29/10 Melekek, Alor Gajah
12.30 t/hari
mengarak pengantin

( nota: waktu mula akan berubah mengikut kesusuaian majlis )
Dikeluarkan oleh:
Ocu Aziz
tel/whatsapp 012 359 7906.

Khamis, 4 Ogos 2016

CERAMAH UMUM BERSAMA USTAZ ZAMRI MOHD ISA - SURAU KUALA MERBOK.



Pastikan kita berada di Surau Kuala Merbok untuk mengikuti ceramah Ustaz Zamri dan berjamaah Maghrib dan Isyak bersama Ustaz.

Isnin, 1 Ogos 2016

SURAU KUALA MERBOK KEMBALI DENGAN KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ AHMAD SAID (TAMPIN).

Surau Kuala Merbok telah memulakan kembali kuliah pengajian pada Isnin malam Selasa selepas Maghrib 1/08/2016 bersamaan 27Syawal 1437H setelah bulan Ramadhan serta Syawal melabuhkan tirainya. Kuliah pertama diminggu pertama dalam bulan Ogos ini dimulai dengan kuliah Ustaz Ahmad Said. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan walau syawal masih berbaki dua tiga hari lagi. 












Pihak AhliJawatkuasa Surau Kuala Merbok mengucapkan ribuan terima kasih kepada hamba Allah yang menaja makanan dan minuman bagi kuliah pada malam ini. Semoga sumbangan tuan-tuan akan membawa berkat dan mendapat pandangan yang tinggi disisiNya jua. Bagi sesiapa yang ingin menyumbang berupa kewangan atau peralatan silalah berhubung dengan Pengerusi Surau atau mana-mana Ajk Surau atau pun terus menyumbang kedalam akaun surau. Nombor Akaun Surau dan nombor talipon Pengerusi ada tertera disebelah atas kanan blog.