Sabtu, 26 Januari 2013

MAKAM PANJANG NAN TUO.



Makam panjang di perkarangan 
Masjid Semerbok.


Masjid Semerbok - 
pandangan dari sudut tepi tanah wakaf.


Diantara sebab musababnya den panggil Kampong Semerbok Nan Tuo adalah kerana terdapatnya makam-makam Tok Nungka Nangkir, Makam Panjang Nan tuo dan sebuah lagi akan den terbitkan dimasa akan datang, ianya juga terdapat disemerbok. 

Makam panjang yang dipaparkan den tak tahu asal usul cerita dan sejarahnya kerana orang-orang tuo dulu-dulu banyak berahsia tentang cerito makam ini, jadi termasuk la den tak tahu asal usulnya makam tersebut. Diharap suatu masa nanti den dapat mengkaji milik siapakah makam tersebut dan asal-usulnya juga, jika sesiapa yang tahu silalah beritahu den dan bolehlah kito samo-samo bercerito disini.

IKAN BAKAR UMBAI, MELAKA.



UMBAI 2010.


Komplek Ikan bakar Umbai - Pandangan dari laut.


Anak-anak den....


Masih tunggu Ikan Bakar......


Meja jepun di tingkat atas...


Air dah nak abis ha...ikan tak sampai laie.....


Kunjungan kami kesini adalah untuk kesekian kalinya untuk menikmati hidangan ikan bakar yang terkenal diMelaka ni. Dulu den selalu sangat kesini apabila cuti sekolah dihujung tahun dan adakalanya lansung ke Pulau Besar menaiki bot tapi den ngan kekengkawan je la.......Menikmati ikan bakar disini amat selesa kerana suasana yang santai, berangin (tepi laut) tidak berserabut dan layanan yang istimewa disamping tempat yang atau meja hidangan yang menarik sekali. Awal tahun ni pun den sempat singgah di sini tapi tak sempat pulak ambil foto.......