Rabu, 28 Ogos 2013

WARGA MOBOK MENDAKI PUNCAK RANTE MARIO SULAWESI SELATAN.



 Encik Aziz Ujang di bahagian atas tengah 
di Puncak Rante Mario.

Warga Kampong Semerbok ini iaitu Encik Aziz Ujang telah menyertai Xpdc mendaki Rante Mario Tana Toraja di Sulawesi Selatan Indonesia. Melalui Persatuan Mendaki Selangor beliau telah berada disana dari 29/5/2013 hingga 5/6/2013 yang lalu.

Saya sebagai warga Semerbok merasa bangga kerana Encik Aziz telah mengharumkan nama warga Mobok dengan menyertai xpdc ke Tana Toraja serta telah berada disana dan dipuncaknya, syabas diucapkan.Ini juga sebagai galakan aktiviti mendaki puncak gunung oleh warga muda dengan melihat kemampuan dan kekuatan semangat encik Aziz mendaki puncak berkenaan.



Encik Aziz Ujang.

Indak laie manangguk udang,
ta tatangguk jo baluluk;
usah dipinto candi rang,
basuo Jo nan buruk buruk.

Penulis juga tertarik dengan pantun Encik Aziz ni, foto yang ini bukan di Tana Toraja tapi dibumi Malaysia atau pun mungkin di Astana Rajo...........



Dusun Karangan.

Menurut encik Aziz, Dusun Karangan adalah tempat penginapan rombongan xpdc bersama saudara Lilo Mpd.Tempat mula mereka trekking naik ke Rante Mario.



Masjid Nurul Yakin
Rante Lemo Kabupaten Enrekang.



Kopi Arabica.



Baginilah rupanya Kopi Arabica dari dekat.



Kub Waylolong.


Selain dari Rente Mario di Sulawesi encik Aziz juga telah menerokai dan sampai di kilometer nol di Pulau Sabang Acheh. Sudah naik puncak Gunung Kerinci 1993, Gunung Singgalang , Merapi dan Talang di Sumatera Barat. Gunung Daik di Pulau Lingga Kepri 1999 & 2012. Gunung Agong, Pulau Bali 2011. Warga Mobok ini begitu pantas mendaki sang gunung ganang disana, syabas sekali lagi Abang Aziz Ujang. Den ni ha gunung Datuk pun tak lophaih laei……….


2 ulasan:

  1. Saya juga menyertai xpedisi ini. gambar saya di depan sekali. sya perserta termuda sekali... nama: wan nor rabiatun adawiyah. tahun ini 30/05/14- kami dan pakcik aziz ujang akan menyertai xpedisi mendaki gunung semeru & bromo di surabaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syabas Wan Nor Rabiatun Adawiyah kerana menyertai xpedesi tersebut, memang encik Aziz ada memberitahu dan mempelawa saya untuk menyertai sama xpedisi Mendaki Gunung Semeru & Bromo tapi saya tak dapat cuti.Selamat mendaki dan selamat pergi dan balik........

      Padam