Isnin, 2 Mei 2016

GERAI ROTI CANAI DAN TEH TARIK JALAN BATU 1 TAMPIN.


Pada Sabtu 30/4/2016 penulis sempat bersarapan di Gerai batu 1 ini, dan hanya 2 gerai yang beroperasi dari 6 gerai yang tersedia disitu. Gerai no.3 menyediakan roti canai dan nasi lemak ayam serta minuman panas dan sejuk. Manakala gerai no.2 Lontong, nasi lemak biasa serta beberapa juadah kueh mueh dan minuman panas serta sejuk. Kebiasaannya gerai yang terletak dijalan besar Tampin Seremban ini iaitu jika menghala ke Tampin, sebelum Pasaraya Besar Giant,(Taman Yon) sebelah kiri jalan amat lah ramai yang bersarapan disini terutama Sabtu dan Ahad dan terpaksalah menunggu seketika bagi giliran roti canai dihidangkan ke meja kita.









Teh tarik & Nescafe Tarik beserta roti canai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan