Ahad, 7 Julai 2013

USTAZ MUHAMMAD AMIN AZIZI DI SOLO INDONESIA.




MASJID CAHAYA IMAN CONTRY HOME 
RAWANG SELANGOR.
(Pelajar Tahfiz Imtaz - Utz Muhammad Amin 7 dari kiri barisan tengah)

Ustaz Muhammad Amin Azizi merupakan anak keempat pasangan Encik Kamarulzaman dan Puan Fawaidah dan juga merupakan cucu kepada Puan Salbiah bt Alan dari Kampong Semerbok. Anak beliau yang tua masih menuntut di Negara Mesir. Kini anak yang keempat pula menuntut dan melanjutkan pelajaran ke Solo Indonesia setelah selesai mendalami ilmu agama di Sekolah Tahfiz Imtaz di Rawang selangor. "Wan doakan Amin cucu wan diberkati Allah dan dimudahkan segala urusan pembelajaran ilmu agama disana, jaga diri dan tekun belajar" begitulah pesan wan Salbiah kepada cucunya Ust.Muhammad Amin Azizi..

Ustaz  Muhammad Amin Azizi akan menyambung pelajarannya di Solo selama kira-kira 2 tahun atau 3 tahun sebelum ke Yaman atau Jordan. Bahagia sekali melihat pasangan Encik Kamarulzaman dan Puan Fawaidah kerana berjaya menghantar anak-anak mereka ke Mesir dan Indon bagi mendalami ilmu-ilmu agama.Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya memberi cahaya iman keatas anak-anak kedua pasangan ini serta Puan Salbiah sebagai (wan) yang amat bertuah.



 Ustaz Ali Al-Hafiz - Mudir Imtaz
sedang memberi takzirah kepada pelajarnya diSolo.



Ustaz Muhammad Amin dan rakannya di Solo.



Keluarga Encik Kamarulzaman dan Puan Fawaidah
bersama ibu tercinta Puan Salbiah
(Ust M.Amin Azizi -belakang sebelah kanan sekali).




Kanan sekali Ust.Muhamamad Amin Azizi bersama keluarga di Solo.

Encik Kamarul dan Puan Fawaidah telah menziarah anak mereka ke Solo pada awal Jun 2013 bersama Mudir Sekolah Tahfiz Imtaz Rawang. 



Muhammad amin Azizi - ketika masih kecil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan