Isnin, 8 Julai 2013

SURAU KUALA MOBOK.




Surau Kuala Mobok. 

Surau Kuala Mobok ni tak la jauh dari Masjid Kg Semerbok iaitu kira-kira 650meter je, disini sembahyang waktu dan tarawih juga dilaksanakan oleh penduduk disini, sebagaimana disurau-surau lain. Dibulan poso aktiviti tambah meriah dengan sembahyang berjamaah serta aktivi ibadat yang lainnya. Kawasan persekitaran adalah bekas tanah sawah, dan telah ditumbuhi oleh hutan belukar dan kini telah dibersihkan untuk projek pembangunan dan tanaman. Jalan raya untuk Kuala Mobok ni tidak diturap dan dibesarkan sejauh kira-kira 500meter bermula dari simpang rumah Allahyarham Ustaz Ahmad hingga lah ke sempadan Kampong Padang. Kan polik tu, ado lak sekorat ni tak di bosarkan !!!.

Mungkin pada tahun ini jalan raya dikampong den ni akan dibosarkan sebagaimana jalan jalan kampong yang ado di Nogori Songo (cakap jawa - bermakna sembilan).


 Jalan Kuala Mobok.



 Simpang masuk Kuala Mobok.



Surau Kuala Mobok - pandangan dari arah Mobok.

Den pun berharap surau ni dapat di bina baru oleh pihak berwajib atau para penderma yang budiman agar penduduk disini lebih selesa untuk mengerjakan ibadat. Segala apo yang den tulis ni hanya pandangan den semato-mato sebagai anak jati Mobok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan