Isnin, 8 Julai 2013

PROJEK TANAH TERBIAR DI SEMERBOK.




 Jalan Masuk ke Kuala Mobok.

Kerja-kerja untuk projek tanah terbiar di Mobok dilakukan pada awal Jun 2013 dan sehingga lah awal Julai dan dah nak bulan poso ni. Terang benderang lah kampong den sebagaimana satu waktu dulu dipenuhi dengan pemandangan sawah padi. Kini bokas-bokas sawah ni dah diterangkan dari depan dewan baru hinggalah ke Kuala Mobok. Semoga projek ini berhasil memajukan dan memakmurkan kembali susana di Mobok. Disepanjang jalan telah dipasang lampu jalan iaitu dari simpang Cengkau jalan disebelah jalan kampong melalui Astana Raja atau pun masuk dari Kota melalui Legung Ulu terus ke Sawah Rajo hingga lah Mobok dan keluar ke Kendong melalui Kilang Getah di Kampong Baru Cino tu penuh dengan lampu jalan. Tak golap laei kampong den ni. Rayo tahun lepas kampong den ni penuh dengan lampu pelito dari bulan poso hinggolah seminggu rayo, meriah botoi den raso. Tahun ni harap-harap meriah lagi dongan pelito.



Sayup yang nampak dihujung pokok-pokok tu
 adalah dewan baru Mobok.


Kawasan menghala Kuala Mobok juga hampir 
diterangkan untuk projek tanah terbiar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan