Sabtu, 5 Oktober 2013

MOBOK - MUSIM DOYAN KEMBALI LAGI DI HUJUNG TAHUN 2013.



Bunga Durian.



Musim Durian akan kembali di Semerbok.

Mungkin awal Januari 2014 atau hujung Disember 2013 Mobok akan kembali dengan musim durian, kerana pada masa ini hampir semua pokok-pokok durian kini berbunga dengan lebatnya. Bukan saja di mobok durian berbunga bahkan hingga ke Kota.....

PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR (ALUMNI) SEMENDA 07/12/2013 SABTU.




Foto Hiasan.


Guru Semenda suatu ketika dulu.

Salam, cadangan gathering untuk semua bekas pelajar semenda, objektifnya adalah untuk mengumpulkan semua bekas pelajar semenda untuk mengeratkan silaturrahim serta memberi sedikit sumbangan pada sekolah.


 
 
Tempat : Dewan Semenda
Tarikh  :  7hb Dec 2013(sabtu)
Masa :  2.00 petang



Di SEMENDA.


DiSimpang Chengkau.







Agenda: 

1) Bacaan doa ucapan pengerusi program Rosromaizi Bin Kamaruddin.
2) Ucapan pengetua 
3) Penyerahan sumbangan pada sekolah 
4) Cabutan bertuah. 
5) Cenderamata pada bekas guru. 
6) Sessi melawat sekitar sekolah dan asrama . 

Group Reunion telah ditubuhkan - Gathering Reunion Semenda 2013. Harap semua alumni boleh subscribe group tersebut. Terimakasih.

- Setiausaha Penaja- Batch Spm 1988
Zaimah Daud.

Khamis, 3 Oktober 2013

ROTI CANAI PADANG - ABANG HAMZAH.




Abang Hamzah - taukeh roti canai.

Eh..bilo kau balik ? Keria noreh tak !! dio tu sakit jantung dah tu, perlu rehat banyak dan makan ubat. Hari tu masuk hospital Melako, den poei menziarah dio kat hospital. Tu lah kito dah tuo ni macam macam penyakit ado....ha kirim salam kat dio yo.....kau tak nak minum ko...tak pa la bang bungkus je la jawap den sambil duduk di kerusi kodainya......(bila abang Hamzah ni tau den adik Zakaria begitulah leterannya sambil mencanai roti canainya).


Inilah abang den Keria (Zakaria Redza - Rebo).


Rumah dan kedai abang Hamzah ini terletak ditepi jalan Kampong Padang dan laluan dari Astana Raja ke Kampong Semerbok atau terus ke Legung Jaya melalui Kilang Getah Kota Trading yang sebelah Kampong Baru Cina dan akan keluar ke Kilang Getah Kota Trading jalan besar Tampin Seremban.

Perniagaan kodai ni hanya sebelah pagi sahaja (sampai pukul 11.30pagi), menu yang disediakan roti canai, bihun sup, bihun goreng, mee dan nasi lomak, selain kueh mueh. Masa den datang ke kodai ini jam 7.00pagi pelanggannya baru mula datang berkunjung untuk sarapan pagi.



Roti Canai 8 koping.




Sarapan pagi den ngan Omak.



 Ni la Kodai Abang Hamzah.



Nampak macam rumah tapi Kodai teh dan roti canai.



Ni jalan menghala ke Mobok.



Depan Kodai / Rumah ni ado lak batu tunjuk 
arah ke Mobok (Legung Jaya)


Ni jalan arah Astana Rajo dari 
depan kodai Roti Canai.

Sebenarnya duduk dikampong juga boleh senang jika berusaha dengan keras. Bila rajin dan berusaha walau dimanapun kejayaan akan menunggu, segala kemudahan telah tersedia oleh pihak kerajaan dan kita sebagai rakyat hendaklah perihatin untuk merebut peluang-peluang yang disediakan. Contohnya taukeh roti canai ni, dari dulu lagi dia berusaha dan berniaga, tak payah merantau. Kereta ,motorsikal, basikal mahupun kereta sorong semua beliau ada malah macam den ni kereta buruk je yang ado....tapi marantau kat KL. Nampaknya orang kampong laei sonang dari den yang merantau....kereta sorong tu gurau je abang Hamzah, nanti kena pelangkung palo den lak........

Isnin, 9 September 2013

DJ NOGORI FM DI KG SEMERBOK - KAK JAH.



DJ Radio Nogori FM - Kak Jah.

Radio Negeri dapat didengar melalui 95.7 Mhz Bukit Tampin / Melaka, Kampong Mobok amat bertuah menerima tetamu Dj popular , inilah wajah Dj Kak Jah berada di Semerbok pada 1 September 2013 Ahad dimajlis Perkahwinan anak Tuan Haji Ibrahim Maamor. Foto adalah sumbangan dari Pak Aziz Ujang kito.



 .

Ahad, 1 September 2013

BATU HITAM YANG BEHARGA DI SEMERBOK.




Dihujung Kampong Semerbok adalah tempat pengumpulan batu batu hitam ini untuk diproses menjadi batu pecahan kecil. Longgokan batu-batu jelas kelihatan diatas padang yang telah diratakan sebelum projek ini dijalankan.


Pengumpulan batu-batu kasar disebelah kanan kawasan lapang ini,manakala yang batu-batu yang kecil dilonggokkan disebelah kiri.


Batu batu besar dikawasan tapak dipecahkan menjadi sebesar batu-batu yang kelihatan difoto yang dihimpunkan disini untuk diproses lagi. Buat masa ini khemah didirikan dibelakang kawasan longgokan batu ini. Mungkin termasuk lah juga kediaman pekerja-pekerja projek berkenaan.



Batu ini sebenarnya warna hitam.



Hasil bumi Mobok - Batu Hitam.



Pada masa ini projek mengorek batu-batu hitam ini dijalankan disebalik bukit yang kelihatan di foto, yang mana diangkut melalui lori ke tempat pengumpulan di hujung kampung mobok. Sepertimana penulis katakan dalam entry yang terdahulu Mobok mempunyai hasil bumi yang tidak diketahui dahulu, kini telah diterokai untuk diekspot ke China. Tanah omak den tak ada batu hitam berkenaan dan kontraktor telah pun memeriksa kedalam tanah omak yang sebelah kanan bukit berkenaan. Yang ado batu merah jo.........

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PADA 2/9/2013 KARIAH MASJID SEMERBOK.



Bena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 2/9/2013.



Khemah siap dipasang didepan Masjid Semerbok.

Majlis akan diadakan pada 2/9/2013 Isnin dari jam 12.00tengah hari sehingga jam 3.00 petang. Semua anak-anak kariah Semerbok dijemput hadir. gotong royong memasak seekor lembu akan diadakan diawal pagi tersebut. 



Hebahan melalui bunting telah 
di pasang didinding pagar masjid.
 


Rabu, 28 Ogos 2013

WARGA MOBOK MENDAKI PUNCAK RANTE MARIO SULAWESI SELATAN.



 Encik Aziz Ujang di bahagian atas tengah 
di Puncak Rante Mario.

Warga Kampong Semerbok ini iaitu Encik Aziz Ujang telah menyertai Xpdc mendaki Rante Mario Tana Toraja di Sulawesi Selatan Indonesia. Melalui Persatuan Mendaki Selangor beliau telah berada disana dari 29/5/2013 hingga 5/6/2013 yang lalu.

Saya sebagai warga Semerbok merasa bangga kerana Encik Aziz telah mengharumkan nama warga Mobok dengan menyertai xpdc ke Tana Toraja serta telah berada disana dan dipuncaknya, syabas diucapkan.Ini juga sebagai galakan aktiviti mendaki puncak gunung oleh warga muda dengan melihat kemampuan dan kekuatan semangat encik Aziz mendaki puncak berkenaan.



Encik Aziz Ujang.

Indak laie manangguk udang,
ta tatangguk jo baluluk;
usah dipinto candi rang,
basuo Jo nan buruk buruk.

Penulis juga tertarik dengan pantun Encik Aziz ni, foto yang ini bukan di Tana Toraja tapi dibumi Malaysia atau pun mungkin di Astana Rajo...........



Dusun Karangan.

Menurut encik Aziz, Dusun Karangan adalah tempat penginapan rombongan xpdc bersama saudara Lilo Mpd.Tempat mula mereka trekking naik ke Rante Mario.



Masjid Nurul Yakin
Rante Lemo Kabupaten Enrekang.



Kopi Arabica.



Baginilah rupanya Kopi Arabica dari dekat.



Kub Waylolong.


Selain dari Rente Mario di Sulawesi encik Aziz juga telah menerokai dan sampai di kilometer nol di Pulau Sabang Acheh. Sudah naik puncak Gunung Kerinci 1993, Gunung Singgalang , Merapi dan Talang di Sumatera Barat. Gunung Daik di Pulau Lingga Kepri 1999 & 2012. Gunung Agong, Pulau Bali 2011. Warga Mobok ini begitu pantas mendaki sang gunung ganang disana, syabas sekali lagi Abang Aziz Ujang. Den ni ha gunung Datuk pun tak lophaih laei……….