Selasa, 19 April 2022

PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN DAN HARI RAYA AIDILFITRI - SURAU KUALA MERBOK.

 

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah yang Maha Esa, dengan limpah kurnianya pada tanggal 17hb.April 2022 bersamaan 15Ramadhan 1443Hijrah iaitu selepas solat tarawih, telah berlangsungnya peyampaian sumbangan dari Pihak Surau Kuala Merbok yang telah disampaikan oleh Pengerusi Surau iaitu saudara Rosli Yasin. Seramai 7 penerima sumbangan tersebut telah menerima berupa barangan makanan dan duit raya, semoga dengan sumbangan dari pihak Surau Kuala Merbok dapat lah mereka para asnaf meringankan beban keperluan bagi menghadapi Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini dengan lebih ceria. Terima kasih kepada pihak Surau.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan