Ahad, 15 Ogos 2021

ROTI CANAI HAMZAH CORNER - KAMPUNG PADANG

 

Suatu ketika sebelum PKP 3.0 selepas sembahyang subuh, ada antara jemaah Masjid Semerbok mempelawa saya pekena roti canai kodai Hamzah di Kampung Padang. Melihat jemaah yang begitu bertali arus, dari Masjid Penajis, Astana Raja dan didaerah lainnya , terfikir saya memang dah popular dah kedai Hamzah Corner dengan Nasi Lemak serta Roti Canai yang dibuat sendiri oleh taukeh kedai ini.. Kini semasa PKP 3.0 hanya bungkus saja dibenarkan.

Kekadang disebelah malam saya berkunjung juga kesini dibawa oleh Pengerusi Surau Semerbok iaitu encik Rosli. Sebelah malam anak-anak abang Hamzah menguruskan perniagaan makanan masakan panas (masakan yang tersenarai dikain rentang) dengan line internet free disediakan. Kini hanya masakan yang dibungkus saja dibenarkan dan tak boleh la melepak sambil minum dan makan masakan panas yang disediakan oleh Kak Long.







Harap harap segeralah berlalunya pendemik covid-19 ini supaya kembali kami boleh menikmati masakan panas disebelah malam yang disediakan oleh Kak Long dan Nasi Lemak serta roti canai yang sepersial yang disediakan oleh abang Hamzah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan