Selasa, 20 Jun 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN PONDOK.

Sepertimana yang dirancang, pelajar-pelajar Tahfiz dari Assofa serta Pondok Tuan Haji Ibrahim (Bongek) telah bersama dengan ahli kariah Semerbok di Majlis berbuka puasa yang diadakan pada 20hb.Jun 2017 bersamaan 25Ramadan 1438Hijriah. 

Solat Maghrib dan selepas itu solat Isyak serta solat tarawih. Jadi, imam-imam begitu ramai dan masing-masing mereka bergilir mengimamkan solat tarawih. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Semerbok kerana memberi pendedahan kepada warga kariah Semerbok dengan menjemput pelajar-pelajar Tahfiz dan Pondok untuk bersama-sama bersolat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih.




Semoga dengan terjalinnya hubungan surau Kuala Semerbok dan Pondok serta Tahfiz akan membuka minda dan keinginan warga Merbok untuk mendidik anak-anak kariah dengan mendekati dan menghantar anak-anak muda ke Madrasah Tahfiz serta Pondok yang begitu banyak tumbuh di Negeri Sembilan Darul Khusus. Terima kasih kepada pelajar Tahfiz dan Pondok Tuan Guru Haji Ibrahim (Bongek).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan