Khamis, 16 Januari 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 DI MASJID SEMERBOK.


Sambutan Maulidur pada kali ini diadakan pada 15 Januari bersamaan 13 Rabiulawal 1435H hari Rabu, sebagaimana tahun-tahun lalu dengan kerja-kerja gotong royong memasak disebelah pagi dengan dihadiri oleh semua anak-anak kariah yang begitu bekerjasama untuk menjayakan sambutan Maulidur pada tahun ini. Manakala kira-kira pada jam 6.45petang anak-anak kariah Semerbok telah mula mengunjungi Masjid serta bersolat sunat kemudian bersembahyang Maghrib.



Semua jemaah yang hadir menunaikan fardu maghrib.



Pengerusi Masjid merangkap Ketua Kampong Semerbok memberikan ucapan sepatah dua kata bagi membuka muqadimah majlis dengan menjemput Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Izuli Dzulkifli memimpin jemaah bersolawat keatas junjungan Nabi S.A.W. Pengerusi juga memberi kebebasan Al-Fadhil Ustaz memberikan ceramah Maulidur tanpa had masa dengan tajuk yang Ustaz fikirkan sesuai dengan majlis malam ini.



Dengan dipimpin oleh Ustaz Izuli Dzulkifli dari Jabatan Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah Fakulti Pendidikan Islam UKM semua jemaah berdiri dan bersalawat bersama-sama.





 Along Udin juga turut bersalawat.



Dengan tajuk Mukjizat-Mukjizat Rasulullah 
Al-Fadhil Ustaz memulakan ceramahnya. 



 Para hadirin sedang khusuk mendengar ceramah Maulid.

 


 Kelihatan sebahagian jemaah yang hadir 
khusuk mendengar ceramah.


Selesai sembahyang Isyak, semua jemaah 
dijemput menikmati juadah yang disediakan.







Saudara Rosli & Shaudin.






 Kaum muslimat juga sedang menikmati 
hidangan yang disediakan..


 Sebahagian lagi jemaah Muslimat yang hadir.



* Foto-foto majlis adalah sumbangan dari Encik Aziz Ujang.






2 ulasan: