Ahad, 21 Oktober 2012

MELAWAT ABANG NGAH KAT HOSPITAL AMPANG.



Den, menziarah anak saudara Wad 5B
di Hospital Ampang Kuala Lumpur.


Menggigil pala lutut bila ateh talipon anaknya masuk hospital kerana kemalangan, anak saudara den ni tengah Job Training di  KL selama 6 bulan dan dilanggar oleh kereta dari belakang tengah menunggang motorsikal, setelah dihantar kat hospital yang melanggarnya pun menghilangkan diri. Apalah manusia ni yang melanggarnya,rasa bertanggungjawab kerana pelanggaran ini langsung la tidak diendahkan. Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kecederaan yang serius kerana lutut serta hatinya cedera mengalami pendarahan dalaman. Nasihat doktor selama dua bulan abang ngah kena berehat untuk menyembuhkan kembali luka dan keceraan akibat kemalangan ini.Ada juga barang-barang kepunyaannya yang hilang iaitu jam tangan, sewaktu kemalangan ia terus tak sedar, nasib la dompet dan hand phone berada didalam box motor.



Mohd Rasyidi adalah anak nombor dua Ateh Jo (Johari) ngan Kak Mazni (Astana Rajo) dan terpaksa la dia berulang alik dari Port Dikson ke Ampang untuk menziarahi anaknya, kesian abang ngah yang belajar di Universiti TNB Pahang. Dia ditahun akhir untuk ambil Ijazah di Bahagian Akaun. Bersabarlah angah menghadapi dugaan Allah dan disebalik kejadian ini mungkin tersembunyi rahmat Allah yang kita tak ketahui.



Walau pun sakit angah tetap tersenyum.


Nombor katil dan nama angah.


Kalau semua rawatannya berjalan lancar diHospital Ampang ni, mungkin esok boleh la keluar hospital dan Mak Teh doakan semoga abang Ngah segera sembuh dan kembali menjalani praktikal dengan Hartamas di Ampang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan