Ahad, 25 Mei 2014

GOTONG ROYONG DIMASJID KARIAH SEMERBOK DAN KAWASAN SEKITARNYA.




Pada 24 Mei 2014 ( Sabtu ) jam 3.00 hingga 4.30 petang telah berlansungnya Majlis Gotong Royong di Masjid Semerbok dan kawasan sekitarnya. Semua anak-anak kariah telah dimaklumkan mengenai gotong royong ini dan serentak dengan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj yang akan diadakan pada Isnin 26 Mei 2014 selepas solat Maghrib.




Masjid Semerbok.


Vacum dan pembersihan dari dalam Masjid 
dilakukan oleh anak muda yang masih bertenaga.


 Anak Kariah menjalankan kerja gotong royong.


 Imam En.Nawawi pun turut serta.


Golongan belia pun turut sama 
menyertai gotong royong ini.





Upacara menggantikan dan menaikan 
bendera baru selesai.


Kini membersihkan kawasan berumput yang 
turut diberi keutamaan agar persekitaran masjid 
kelihatan & menjadi bersih.









Berbakti dan turut mengimarahkan masjid adalah tanggungjawab kita bersama,peliharalah dan luruskan niat kita untuk meyumbang tenaga kepada pembangunan masjid semata-mata kerana Allah. Oleh itu sekalung tahniah kepada semua anak-anak kariah serta Ajk masjid Semerbok atas kerjasama membersihkan Masjid kita pada hari ini.

Foto dan sumber berita adalah dari Encik Aziz Ujang. 

Jumaat, 23 Mei 2014

KURSUS PEMANTAPAN SOLAT DI BANGUNAN DEWAN BANDARAYA KL.


Pada 13hb.Mei 2014 telah berlansungnya seminar dan kursus "Pemantapan Solat" di Dewan DBKL Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Puan Fawaidah, Siti Fatimah dan den turut menyertai seminar berkenaan, banyak aspek disentuh mengenai solat dengan mencontohi amalan Rasullulah. Semua peserta adalah wanita dan majlis seminar ini dianjurkan oleh persatuan kakitangan DBKL. Puan Fawaidah Alias (isteri encik Kamarulzaman Redza) adalah salah seorang dari Ajk majlis dan persatuan berkenaan.


Pengerusi Majlis sedang memberikan sedikit ucapan 
dan penerangan tentang seminar har ini.


Para peserta tak sabar menunggu majlis bermula.


Dewan seminar yang selesa.


Seminar sedang berjalan.





Para peserta Seminar.


Dewan Seminar Tingkat 3.


Kelihatan Urusetia Majlis sedang menyiapkan kelengkapan dewan.


Berehat sebentar sebelum seminar bermula.


Bersama Fasilitator Ustazah Teh.


Bergambar bersama Ustazah Teh selepas majlis.

Berusahalah kita mendalami ilmu cara bersolat yang betul dan mengikut cara Rasullulah bagi kita menyempurnakan amalan kita setiap hari dan sepanjang usia yang singkat ini.

MAJLIS ILMU DI SURAU KUALA MERBOK.


Sepertimana yang disedia maklum majlis ilmu telah diadakan di Surau Kuala Merbok,Semerbok ini pada Jumaat 23Mei 2014 bersamaan 23Rejab 1435Hijriah selepas waktu solat Maghrib. Penceramah jemputan adalah Al-Fadhil Ustaz Khalil Haji Ismail.



Al-Fadhil Ustaz Khalil Hj Ismail.
(sedang menyampaikan Tazkirah)



Antara yang hadir khusyuk mendengar ceramah
 saudara Mohamad Zin Shariff (berserban).

Berikut adalah foto-foto kehadiran muslimin dan muslimat di majlis ilmu ini yang dirakamkan oleh saudara Aziz Ujang dengan kerjasama saudara Rosli Yassin.






Antara muslimat Kuala Merbok yang hadir.





















Selesai ceramah dan bersolat Isyak semua hadirin dijemput menjamu selera dengan makanan yang telah diusahakan oleh AJK Surau Kuala Merbok.













Jika dilihat ruang surau yang kecil dan kehadiran jemaah yang ramai,rasanya Ajk Surau Kuala Merbok telah berjaya mengimarahkan surau ini dengan majlis ilmu. Oleh itu teruskan usaha untuk mengimarahkan surau serta menarik lebih ramai lagi warga merbok hadir ke taman-taman syurga yang tuan tuan usahakan ini. Tahniah kepada semua Ajk yang terlibat.

Khamis, 22 Mei 2014

MAJLIS ILMU - SURAU KUALA MERBOK.



Surau Kuala Merbok.




Al-Fadhil Ustaz Khalil Bin Hj Ismail.


Sebagaimana biasa majlis ilmu yang diadakan di Surau ini menjemput tuan puan datang ke majlis ilmu yang diadakan sepertimana tarikh dan masa yang tertera diatas.


Jumaat, 16 Mei 2014

MAJLIS CERAMAH ISRAK MIKRAJ ANJURAN BERSAMA MASJID SEMERBOK & SURAU KUALA MERBOK.



Atas kerjasama Surau Kuala Merbok dan Masjid Semerbok, maka ceramah Israk dan Mikraj pada tahun ini telah dipersetujui dianjurkan bersama di Masjid Semerbok. Penceramah jemputan adalah bersama Al-Fhadil Ustaz Nor Azman Bin Ahmat (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan). Untuk makluman tuan puan suara Al-Fadhil Ustaz kerap berkumandang di radio Negeri FM melalui slot tazkirah. Oleh itu marilah kita bersama-sama warga Semerbok serta kariahnya untuk menghadirkan diri ke taman-taman syurga dalam majlis ceramah Israk Mikraj yang diadakan di Masjid Semerbok. 

Jangan Lupo yo :-         Ceramah Israk & Mikraj
                                    
                                    Tarikh        :      26Mei 2014 bersamaan 26 Rejab 1435 Hijrah.
                                    Hari            :      Hari Isnin.
                                    Masa          :      Selepas Solat Maghrib.
                                    Tempat      :      Masjid Semerbok.


Masjid Semerbok.


Surau Kuala Merbok.


Encik Rosli Yassin
Pengerusi Surau Kuala Merbok.


* Semua berita dan sumber adalah dari sumbangan saudara Rosli Yassin.