Selasa, 11 Ogos 2015

BERAYA DI RUMAH SAUDARA KHALID WAHAB DI JALAN CEMPAKA BIRU (TOMABOK)



Saudara Khalid Wahab.

Pada 11/08/2015 hari Selasa bersamaan dengan 27 Syawal 1436H, tepat jam 9.15 malam program berhari raya secara berkumpulan diteruskan lagi malam ini. Pada Malam ini kami berkunjung di rumah Saudara Khalid Wahab di Jalan Cempaka Biru ( Tomabok ) Semoga program ini akan mengeratkan lagi salitulrahim penduduk Kampong Semerbok.














Program beraya secara berkumpulan ini turut dihadiri oleh encik Aziz Ujang dan berita serta foto adalah sumbangan dari beliau.

BERKUNJUNG DI RUMAH SAUDARA RUDAINI JAMALUDDIN BAGI MERAIKAN SYAWAL.



Tanggal 10/08/2015 hari Isnin bersamaan 25Syawal 1436 rombongan kami berhari raya secara berkumpulan di rumah Saudara Rudaini Jamaludin, Seberang Semerbok. Semoga aktiviti yang kami usahakan ini akan mengiratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk Kampong Semerbok.Saling kunjung mengunjung dihari dan dibulan baik ini sangat dituntut bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara kita.







Dan terlihatlah kemesraan dan kegembiraan diwajah-wajah yang berkunjung serta wajah-wajah yang dikunjungi. Alhamdulillah kegiatan rombongan meraikan syawal amat menarik dan berkesan bagi menjalin ikatan persaudaraan antara kita dikalangan penduduk Semerbok Nan Tuo.

Ahad, 9 Ogos 2015

BEREHAT DI SERI SUASANA - PORTDICKSON.


Kemudahan di Seri Suasana DBKL cukup selesa yang disediakan untuk kakitangannya bercuti dan berehat di Port Dickson. Den sempat menumpang sebentar berehat disini .......



Bangunan baru dan ruang parking yang luas.


Recepciones.



Hiasan air terjun dikedua belah dinding.





Ruang tamu yang luas.


Ruang makan.


Ruang dapur dengan peti sejuk.


Ni bilek den...


Bilek yang berhawa dingin.



Kolam renang untuk dewasa & kanak-kanak.






Kemudahan Kafeteria.




 Surau yang berhawa dingin.


Tempat berwudhuk.

Sekali sekala dapat merehatkan minda disini amatlah selesanya, hilang gangguan fikiran yang beserabut ditampat kerja dan kesibukan dikota. Wifi juga free kat sini dan laju pulak tu, Den kemari lagi jika berkesempatan....... 

Jumaat, 7 Ogos 2015

TAHLIL KUBUR.


Foto hiasan.

Hari Jumaat 7hb.Ogos 2015 dan bersamaan 22Syawal 1436H, ada baco doa/tahlil kubur/tahlil arwah di mesjid Semerbok.Sudah menjadi kebiasaan tahlil ini diadakan tiap tiap tahun pada bulan Syawal. Dulu dulu disebut dengan " kenduri kubur " baca doa " sekarang disebut dengan nama tahlil kubur.Tapi maksudnya dan tujuan sama. Majlis ini diadakan selepas solat Jumaat .Menu yang dibawa kemajlis ini adalah makanan yang digemari oleh emak, ayah dan nenek moyang semasa hayat mereka. Tidak hairanlah makanan seperti daging salai gulai, telur itik gulai berasamkan daun gelugur atau kulit rambai, bacang muda, belimbing buluh atau buah tampang dan lain lain dihidangkan.Ada tiga tanah kubur di Semerbok, Sungai Serai, depan Mesjid dan belakang Balai Raya. Hari ini ada gilaran kubur depan mesjid pula. Jadi tiga kali Jumaat tidak payah makan tengahari di rumah.


Daging Salai.


Daun ASam Gelugur.


Daging Salai.


Udang & pucuk paku.


Daging Salai dan pucuk ubi kayu.

*Sumber dan berita dari Encik Aziz Ujang - Semerbok Nan Tuo.