Selasa, 14 Julai 2015

MANTAI


Mantai ialah amalan menyembelih kerbau atau lembu serta bergotong-royong membakar lemang serta memasak rendang sehari sebelum ketibaan Ramadan atau pun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi sejak lama dulu. Atau Mantai dalam dialek masyarakat Negeri Sembilan yang asalnya perkataan membantai. Ia tentang hari atau malam menyediakan daging sembelihan iaitu sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan atau pun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Pada tahun ini mantai jatuh pada hari Selasa 14hb.Julai 2015.

Apa kata anak Semerbok ini tentang Mantai di Semerbok.....


Abdul Hamid Ahmad.

MANTAI

Jika pernah hidup di desa ketika "mantai" dibuat sendiri oleh anak-anak buah kampung, tentulah istilah mantai ini begitu mengusik. Begitu nostalgik. Mantai ada di kampung-kampung pada akhir tahun 70an dan membawa ke pertengahan tahun 80an. Kemudian hilang. Tak ada lagi mantai di kampung.Yang ada ialah gerai orang jual daging.Dapat juga membeli daging untuk dibuat rendang. Mahu dijodohkan dengan lemang nanti di malam raya. Rasanya memang sedap juga, tak ada yang kurang.

Yang tak ada ialah sawah berjonjang-jonjang bertanam padi. Kandang kerbau yang sarat dan ada asap setiap senja. Salang rumput yang dipikul atau disangkut pada gad basikal besar. Yang sudah pergi ialah tukang-tukang tindik kerbau yang alim menusuk kelikir tembaga di hidung kerbau jantan dan betina. Niyang Usin Uban paling handal. Oleh kerana sudah tak ada semua ini, maka tak ada lagilah kerbau. Kalau ada pun, sudah liar. Mahu dicokau mesti disiapkan kandang halau dan pasung. Jika tidak, memang hendakkan senapang.

Agaknya, harus dihidupkan semula tradisi berkerbau ini....


Foto hiasan Kampong Semerbok.

Ahad, 12 Julai 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA SERTA DOA SELAMAT (KENDURI SURAU) DISURAU KUALA MERBOK.



Kenduri Surau 12Julai 2015 Ahad.

Bagi mengimarah dan memeriahkan suasana ramadhan di Surau Kuala Merbok suatu majlis berbuka puasa atau "kenduri surau" yang dianjurkan bersama AhliJawatankuasa Surau dan anak-anak kariah telah diadakan pada hari Ahad 12Julai 2015 bersamaan 25Ramadhan 1436Hijrah. Semua juadah dibawa sendiri oleh hadirin dengan tradisi membawa "Jamba" masing-masing oleh anak-anak kariah dari rumah dan dihidangkan dimajlis berbuka puasa dan kenduri surau. Tradisi membawa "Jamba"di Semerbok telah dilakukan atau diamalkan semenjak dahulu lagi dan kini ianya berterusan dengan surau lama dibina baru di Kuala Merbok.





Semoga amal dan ibadat serta semangat dibulan Ramadhan ini tetap kukuh dihati kita untuk menjalani kehidupan dihari mendatang selagi umur dikandung badan,Akhirnya marilah kita berusaha mempertingkatkan amalan kita di sepanjang bulan Ramadan ini, dan berazam agar amalan yang kita kerjakan di bulan ini akan berterusan (istiqamah) kita kerjakan juga di bulan-bulan yang lain. Dan kita juga berdoa semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang ikhlas dalam membuat amal kebajikan dan segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Amin ya rabbal alamin.



*Foto dan berita adalah sumbangan dari Pengerusi Surau Encik Rosli Yasin.

Rabu, 8 Julai 2015

LOMANG - BUAT CHARO KITO


Minggu depan Syawal akan menjelma dan kesibukan kita bertambah tambah lah untuk menyiapkan kueh aneka jenis,tapai,wajid,dodol, langsir serta pendek kata serba serbilah yang nak disiapkan. Juadah yang tak boleh ditinggalkan adalah lomang yang dibuat dan disediakan dengan cara kita. Cuba kita lihat panduan dan pertua yang ditulis oleh Encik Aziz Ujang untuk menyediakan lemang dan seterusnya membakarnya.

Perkara yang harus diberi perhatian ketika menyediakan buluh lemang.

1. Pangkal buluh yang atas dikebawahkan. Tujuan untuk mengelakkan lemang "muntah" bila dibakar.

2. Bila memasukan daun pisang kedalam buluh pastikan daun diterbalikkan . Daun yang menghadap keatas melekap di buluh manakala yang di bawah tempat beras pulut. Tujuan supaya daun tidak menguncup di dalam buluh dan isi lemang tidak berlapis lapis.
Untuk memudahkan memasukkan pulut lebihkan sedikit daun dari buluh.

3. Gunakan santan kelapa tua ( sabutnya masih lembab ) Untuk lemang yang lemak dan tidak berminyak . Elakkan dari mengunakan santan kelapa masak yang dah kering sabut.










Jangan lupa juga dalam kesibukan kita persiapan raya, kejarlah malam kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan :-

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)

Selasa, 7 Julai 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID KARIAH SEMERBOK 1436H/2015M.



Suasana majlis berbuka puasa di Masjid seketika dulu.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Masjid Semerbok akan mengadakan majlis berbuka puasa sepertimana ketentuan yang telah diwar-warkan oleh Pengerusi Masjid Kariah Semerbok, sabagaimana berikut :-



Ahad, 5 Julai 2015

BAZAR RAMADHAN REMBAU 2015


Pada Sabtu 4Julai 2015 penulis sempat ke bazar ramadhan di Rembau, iaitu ditapak pasar malam berhampiran Balai Polis Pekan Rembau. Tempat nya selesa bagi peniaga dan pengunjung untuk membeli kueh mueh dan juadah berbuka puasa, tapi sesak sama sahaja dimana mana bazar ramadhan.








Ini tepung pelita tapi pelitanya tak menyala....

Pelbagai juadah dijual disini dan tak sempat pulak penulis nak merakamkan semua yang ada kerana dah letih berjalan disemua gerai. Begitu ramai pengunjung mengunjungi bazar ramadhan ini datanglah kesini untuk membeli juadah yang digemari.

Jumaat, 3 Julai 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA & TAZKIRAH RAMADHAN DI SURAU KUALA MERBOK.



Surau Kuala Merbok.

Majlis berbuka puasa akan diadakan pada tarikh Sabtu 4Julai 2015 bersamaan 17Ramadhan 1436H beserta dengan tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Said. Tazkirah akan bermula sejurus selepas berbuka puasa yang dijangka pada pukul 8.00malam iaitu sesudah Sembahyang Maghrib hingga 8.45malam. Semua ahli kariah Semerbok dijemput hadir.


Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Said.

Dibulan yang mulia ini marilah kita rapat-rapatkan saf kembali antara kita yang barangkali dah jauh, dengan menghadirkan diri didalam majlis ilmu anjuran Surau Kuala Merbok, bersama dengan majlis berbuka puasa bagi mengimarahkannya dengan rahmat dibulan mulia bulan Ramadhan . Kelihatan suasana nan indah apabila kita ahli kariah berkumpul ramai didalam sesuatu majlis, apalagi didalam majlis ilmu, oleh itu jadilah jemaah yang pertama dan berdiri di saf yang depan sekali untuk kita sama-sama bersembahyang disurau nan baru lagi berseri ini. 

Khamis, 2 Julai 2015

CEMPEDAK DI SEMERBOK.



Aziz Ujang.

Pada cempendak elok nangka
pada tidak elok ada.

Buah cempadak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokan
Saya budak baru belajar
Salah dan silap tolong tunjukan

Begitulah bidalan dan pantun orang tua-tua dahulu yang menggambarkan cempedak serta buah-buahan yang berada disekeliling kita. Nampak nya buah cempedak yang dihalaman rumah encik Aziz ini begitu lebat dan ianya juga menggambarkan di Kampung Semerbok sedang berada didalam musim buah-buahan khususnya cempedak dan tidak lama lagi akan masak.






Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat beramal serta bertarawih mengimarahkan surau-surau dan masjid kita.