Isnin, 5 Mei 2014

03 MEI 2014 MAJLIS PERKAHWINAN AMALINA DAN FIERZDAUS .




Majlis Perkahwinan Amalina & Fierzdaus.


Tibalah masa En. Awi dan isteri menyambut para tetamu 
dan sempat possing dengan senyuman.

Berat sama dipikul rengan sama dijenjeng
Kedatangan tamu.
" Datang bersambut balik boboka "



Berat sama dipikul rengan sama dijenjeng
" Makan Pangka " 
Daun buluh daun puar
anak itik makan dedak
Entakkan masin entakkan tawar
entahkan sedap entahkan tidak.
Jemputlah makan ini masakan si rsmai.
Kalau sedap jangan terus dipuji
Kalau tak sedap jangan pulak dikeji.




Para kaum hawa juga di persilakan.


Semua telah terhidang.....


Alang Zakaria pun ado.......


Orang pangka dan orang kuat kat majlis......




Jam 12.00tengah hari para tetamu dah mula datang.


Antara tetamu yang terawal.




Tetamu disambut nan menyeri serta meraikan  majlis.


Dipersilakan menjamu selera.......
Pakcik Awi menjemput tetamunya.

Ahad, 4 Mei 2014

BERAT SAMA DIPIKUL RENGAN SAMA DIJENJING.

Pada 3hb.Mei 2014 bersamaan hari Sabtu telah berlangsungnya majlis perkahwinan anak Imam Zawawi (Pak Cik Awi) di Kampong Semerbok. Berat sama dipikul, rengan sama dijenjing adalah unkapan seiring dengan gotong royong persiapan majlis berkenaan yang dimulakan diawal pagi lagi sehinggalah tersedianya masakan serta gulai mengikut menu yang lazimnya dimasak oleh penduduk Semerbok. Marilah kita melihat suasana persediaan serta gotong royong yang dijalankan di Kampong Semerbok ini sempena majlis perkahwinan diantara Amalina & Fierzdaus.




Tuan rumah duduk memerhatikan saja.


Pak Andak dengan gengnya melapah daging.


Ramai-ramai memotong daging lembu.


En.Dwan....macam nak order daging ruso je....


Merah sangat Pak Ngah.


Sempat juga possing....



Berat sama dipikul rengan sama dijenjeng

Aktiviti di bangsal memasak.





Ketua tukang masak dah mula memasak 
setelah semua bahannya tersedia.


Encik Mustapha Hashim - 
Ketua Tukang Masak Majlis.




Amboi..sup.....


Alamak....sodap nya ni.....


Ni dah boleh makan pangkal dah ni....semua dah masak.




* Foto-foto adalah kiriman En.Aziz Ujang dan En.Mui Roslan.

Jumaat, 2 Mei 2014

KUNJUNGAN DARI BALAI POLIS KOTA KE RUMAH PENDUDUK DI SEMERBOK.



Balai Polis Kota.

Kunjungan dari Balai Polis Kota ke Chalet Lereng Bukit salah seorang penduduk di Semerbok iaitu Saudara Aziz Ujang, ini bagi merapatkan silaturrahim dan hubungan bagi kerjasama keselamatan serta keamanan kampong. Bagi kami penduduk kampong Semerbok memang mengalu alukan kedatangan keduanya, keamanan kampong adalah tanggungjawab kita bersama.



Dua anggota Polis ini dah memang biasa kita lihat di daerah Kota.



Saudara Aziz Ujang - Chalet Di Lereng Bukit.



Kenderaaan rondaan Polis.

Isnin, 28 April 2014

SEPETANG BERSAMA ANAK MUDA DI KOD TAKRAW & BADMINTON DEWAN LAMA SEMERBOK.



Kod Badminton & Takraw didepan Dewan Lama Semerbok.

Bersama anak-anak muda di Semerbok bersukan dengan sepak takrawnya dan kekadang badminton, mungkin mengikut arus sukan semasa mahu pun di media perdana atau mood sukan dikalangan anak muda di Mobok ni. Masih ramai bermain takraw dan badminton disini, adakalanya disambung disebelah malam.


Aktiviti sebegini seharusnya digiatkan bersama oleh golongan muda atau yang telah berusia, ini bagi sesama warga mobok menjaga tahap kesihatan kita. Kemudahan yang disediakan kita menafaatkan bersama oleh semua warga mobok. Warga sihat amalan mulia untuk menuju kesejahteraan kita mudah beramal untuk memeriahkan  dan mengimarahkan Masjid dan Surau kita.

Khamis, 24 April 2014

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT DI RUMAH EN.MOKHTAR & PUAN NOMI - SEMERBOK.

Pada Sabtu malam Minggu yang lalu iaitu bersamaan 19/04/2014, kariah Semerbok telah menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat di rumah encik Mokhtar dan Puan Nomi. Kehadiran tetamu memenuhi ruang rumah encik Mokhtar,saudara mara sahabat handai menceriakan majlis pada malam tersebut yang dijalankan selepas solat maghrib. Semoga semua dalam lindungan Allah jua hendaknya.....amin.


Encik Mokhtar.


Dihujung sana, Imam dan para hadirin.


Disudut sebelah kanan juga dipenuhi dengan 
para hadirin dari Masjid Mobok.


Yang ni pula datang dari jauh...
Bukit Sentosa....Kamarulzaman.


PABILA BERLALUNYA NAN KEKERINGAN - MOBOK KU.


Suasana sawah padi setelah berlalunya musim kemarau dan kering yang kini kembali menghijau mewarnai desa yang permai ini dan marilah kita renungkan dari sudut foto yang diambil oleh anak desa Mobok sendiri yang menggamit hati perantauan mengenang desa nun jauh dilubuk hati para perantauan........














Semerbok.








Kat Sungai Serai.

Foto adalah kiriman encik Aziz Ujang.

PUAN SABIAH MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL TAMPIN.


Pada 17/04/2014 Khamis yang lalu omak den (Puan Sabiah) telah dimasukan ke Hospital Tampin yang baru iaitu di Jalan Repah, beliau jatuh pengsan didalam bilek air. Pada hari kejadian beliau telah tiga hari demam dan tak ada selera makan. Kemungkinan memakan ubat batuk dan kesan ubat-ubat demam membuatkan beliau tak bertenaga dan pengsan, beliau dimasukan di wad rawatan rapi ICU pada petang Khamis 17/04/2014 dan kemudian ke wad biasa serta boleh dibenarkan keluar wad pada Sabtu 12.30 tengah hari 19/04/2014. 


Hospital Tampin yang baru.


Kauter Informasi - Hospital Tampin.


Den dan adik den Timah menjaga omak di hospital.


Yang beruniform putih tu bukan jururawat Hospital Tampin tapi isteri Along Udin yang baru, rasanya semua orang Astana Raja kenal dia dan kakak ni bertugas di sana dulu dan sekarang bertugas di Somen. Semoga omak den cepat sembuh seperti sediakala dan ceria selalu.