Peserta pendaki dari Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bergambar meraikan kejayaan mendaki Gunung Datuk, dengan begitu gigih mendaki sebagai latihan (warm-up) untuk mendaki gunung yang lebih tinggi iaitu Gunung Kota Kinabalu yang dijangka didaki sekitar bulan April 2014.Disamping itu setidak-tidak nya juga mereka mengenang kembali kehadiran Pahlawan Melaka seketika dahulu yang pernah menjejak kakinya disini.Syabas, pendaki-pendaki muda dari Melaka ini dan teruskan aktiviti mendaki untuk meneruskan kelangsungan pelapis pelapis generasi .
Inilah wajah saudara Abang Aziz Ujang yang sekian kalinya memimpin generasi muda yang bersemangat menjalankan aktiviti pendakian di Gunung Datuk ini. Katanya sambil sonyom jo naik kat athaih ha.....04 Jan 2014 Sabtu Mendaki Gunung Datuk bersama kakitangan Syarikat Air Melaka ( SAMB ) yang diketuai oleh Saudara Addy di dalam rangka latihan untuk menakluki Low's Peak, Kinabalu pada bulan April nanti.
Saudara Addy
Berehat seketika.
Pemandangan nan indah dari kemuncak gunung.
Berbaloi berpenat lelah kerana riang ria bila sampai kekemuncak, rasa hilang penat memandang alam sekeliling amat indah menghijau bumi Nogeri, udara nan bersih menggamit kami kembali kesini dengan dipandu guru pendaki warga mobok pakar menyusuri liku-liku digunung Datuk.
Inilah pemandangan kearah Rembau di gunung datuk,
daerah nan beradat.
Menikmati seketika hawa nan dingin di puncak.
Semua berjalan sebagaimana dirancang -
simbol tangan (bagus) pendaki.
Memanjat batu.
Semua kereta peserta pendaki.
Agak ramai peserta dengan berkereta.
Cuaca pada hari pendakian agak bagus, cerah tapi berawan dengan redup serta memudahkan semua pendaki mencapai ke puncak gunung datuk. Jumpa lagi kakitangan SMAB.................semoga berjaya di Kinabalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan