Khamis, 27 Jun 2013

WALI ALLAH DI KG SEMERBOK.



Masjid Kampong Semerbok.

Adakah generasi "Y" kita pada zaman ini tahu yang kewujudan Wali Allah tersebut di Kampong kelahiran mereka.Berikut den paparkan tulisan dari blog Razmal bin Malakan ini untuk kita renungkan serta mencari maklumat tentang kehadirannya seketika dulu di Kampong Semerbok.Silo lah baco...............



" Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang ustaz di Rembau, cerita mengenai kisah-kisah di kampung. Ustaz tu bercerita pasal Wali Allah, dia tanya saya kenal tak seorang Wali Allah di Kg Semerbok, Rembau pada awal kurun ke 20. Wali Allah ini telah banyak berjasa di Kg Semerbok dan begitu hebat dan digeruni oleh musuh Islam ketika itu. Ustaz tadi kata orang Rembau tahu kisah ini.

Wali Allah ini orang kampung anggap dia macam gila, sebab berperangai pelik. Namun mempunyai beberapa karamah.

Saya cuba mencari bahan di internet mengenai Wali Allah di Kg Semerbok ini, namun tak jumpa.

Mungkin ada sesiapa dari Kg Semerbok atau Rembau yang tahu kisah ini dapat berkongsi kisah tersebut sebagai iktibar untuk generasi kini ".

Sumber dari : 

Rozmal bin Malakan: Wali Allah yang “Gila” di Rembau

Selasa, 4 Jun 2013

KLINIK KERAJAAN - SEMERBOK



Klinik Desa - Kampong Semerbok.

Kampong den ni ado klinik, dan disini la bidan kerajaan ditempatkan. Kalau dulu masa mintak ubat 8.00pagi hingga 5.00petang. Ini zaman den la dulu dan bidan aei Kak Miah dan sekarang dio dah pencen. Banyak jaso aei klinik ni dan terimo kasih banyak-banyak kepada Kak Miah yang telah berjaso di kampong den bertugas sehinggalah pencen.

Kalau kes-kes rawatan konolah poei ke Astana Rajo kerana disana Omak den selalulah ambil ubat darah tinggi dan ubat yang lain-lain serta pemeriksaan kesihatan.

Ahad, 2 Jun 2013

PROJEK TANAM JAGUNG- TANAH TERBIAR (SEMERBOK).




Kelihatan Jentolak dah mulakan Kojo.

Tanah terbiar (tanah bokas sawah) di Semerbok masih luas lagi yang masih belum laei diusahakan, ini bukan apo air tak do untuk mengairi sawah yang diusahakan. Oleh itu den dongar kawasan tanah terbiar tu akan diusahokan untuk dijadikan projek tanam jagung. Yang pontingnyo diusahokan tanah-tanah terbiar tu, biar jangan dek utan jo. Tompat ni kilir dari arah Masjid Mobok dan tak jauh dari Dewan Baru Kampong Semerbok (berdopan jo).



Dewan baru Semerbok.


Lihat la aliran lubok di Semerbok ni, 
pasir jo yang timbul.



Lubok Semerbok yang kekeringan.

Ni la antara lubok yang mengalami perubahan setelah cuaca dan hutan serta kawasan tadahan yang tidak dilindungi sebagaimana 30 tahun atau 40 tahun dahulu. Den pernah jumpa persara Jabatan Saliran di Kuala Pilah dan beliau pernah bertugas di kawasan saliran sungai didaerah Rembau termasuk la diKampong Den ni Semerbok, katanya semua sungai di Negori Sembilan mengalami kekeringan air tidak sebagaimana semasa beliau bertugas dulu. Kita tidak menjago aei dongan baik dan koring la dio sampai kekito. Sawah tak dapat diusahakan kerana air dah lopas kebawah, mano ado laei tompat kito nak ngocal, air dalam sawah tak dapat diairi laei untuk udang,ikan pepuyu dan ruan nak idup. Maso den dulu amat la sukonyo ngocal ni, banyak dapat ikan.



Yang ni Tanah Gotah - Pokok Gotah 
yang dah ditobang jual.(Seborang Masjid jo )



Masjid Semerbok padangan dari Kilir (kehilir)
serta kawasan tanah Wakaf (kubur).